View: 552|Reply: 0
|
[Johor]
Nelayan dipenjara cabul anak buah ketika tonton persembahan kuda kepang
[Copy link]
|
|
TERTUDUH dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman penjara serta sebatan kerana mencabul anak saudaranya. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Kamu tahu tak dalam kes ini kamu akan dipenjara? Hukumannya sehingga 20 tahun dan sebatan," demikian kata Hakim Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan terhadap seorang nelayan yang mengaku bersalah mencabul anak saudaranya, minggu lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh berusia 38 tahun yang juga Orang Asli sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia lima tahun ketika mangsa sedang menyaksikan persembahan kuda kepang di Rengit, Batu Pahat.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian berlaku pada jam 10.30 malam, 10 Oktober lalu ketika mangsa bersama ibu saudaranya menyaksikan persembahan itu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira pelakuan tertuduh terhadap mangsa yang masih kecil dan baru berusia lima tahun.
Selepas mengambil kira hujahan serta pengakuan bersalah, mahkamah memutuskan tertuduh dipenjara tiga tahun dan satu sebatan.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai menjalani hukuman terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... embahan-kuda-kepang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|