|
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di 11 negeri hingga jam 5 petang ini.
METMalaysia dalam hantaran melalui Facebook memaklumkan, cuaca itu diramalkan melanda seluruh Perlis, Pulau Pinang serta Perak, selain beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.
Di Kedah, ia membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu); serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan dan Rompin).
"Di Selangor pula membabitkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak, manakala Johor pula Segamat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.
"Ramalan cuaca sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang, selain Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat di Sabah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... mal-landa-11-negeri |
|