CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

kesetiaan?

[Copy link]
 Author| Post time 1-2-2011 08:06 AM | Show all posts
“beli baju ke?”

“a’ah” sepatah aje yang Maria jawab. Keadaan sunyi, hanya mata sahaja yang bermain ke hulu ke hilir.

“ok la, kami gerak dulu” pantas aku menarik kawan2 aku keluar.

“Bil, ko ok ke?” kawan2 memandang pelik aku yang seperti tiada apa yang berlaku. Boleh pula mengajak mereka meneruskan plan2 kami hari itu.

“ok je..kenapa? relaks la wei” aku masih melahap ais kacang yang sedap itu.

“kalau gitu tak ada masalah la kan”

“korang tu yang bermasalah.” Aku sengih aje menghabis sisa yang ada.

Sesungguhnya tiada yang mampu kita selindung jika pada Nya kita bermohon. Aku melihat sendiri cara Hairul Nizam dan Maria. Ini bukan lagi sekadar cerita, aku mengambil langkah drastik meninggalkannya tanpa khabar. Bermula saat itu setiap ajakannya aku tolak dan aku menjauhi setiap langkahnya sebolehnya.

“Bil, Hairul nak jumpa balik nanti” seorang rakan sekelas Hairul menyapa aku.

“Insya Allah”

Percaya atau tidak, aku masih tidak berjumpa dengannya. Aku melarikan diri, aku nampak susuknya disebalik tangga. Nasib baik menyebelahi aku, pulang hari itu emak sudah pun tersengul di depan pagar sekolah. Penyelamat!

“maaf..mak datang ambik..” aku sekali lalu bersuara. Dia hanya termangu.

Kisah aku dan dia berakhir setelah kisah dia dan Maria mula menghiasi sesi persekolahan kami tahun itu. Aku tidak terasa apa pun walau sedikit, kerana sejak dari mula dia bukan sesiapa buat aku. Apa yang aku fikirkan, betapa terhirisnya nama baik aku dengan perbuatannya. Curang!

“wei kalau aku jadi ko aku gayang perempuan tu” Lily dengan amarah cuba untuk bergosip dengan kawan2 yang lain. Aku mengeluh lembut. Sukar untuk membuat mereka faham. I’m fine.

“ye la, aku pandang kecik aje dia tu” Angah sempat menyampuk. Haida dari awal asyik mengangguk aje.

“mana boleh ko pandang dia kecik Angah”

“kenapa plak? Dah2 lah back up perempuan tu Bil.” berapi Angah membebel.

“aku yang pandang ko kecik aje ni..tak besar2 pun..” aku sengih mengena. Angah buat muka sememeh dia, yang lain stok gelak tak ingat.

“ape ko ni!!”

“salah ke? Betul aku cakap. Ko lebih kecik dari dia, jadi ko la yang dipandang kecik. Bukan dia” Aku betulkan ayat aku semula.

“aku back up ko, ko kena kan aku. Sedihhhh!!” kami hanya tawa dengan drama Angah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2011 08:08 AM | Show all posts
“tak payah nak rebut2 lah, bukan boleh pas periksa pun” aku dah umpama guru kaunseling pula.

Tahun berganti tahun, kisah aku juga semakin banyak perubahan yang tercorek. Sahabat2 di sekeliling sibuk mengatur kisah hidup masing2 dalam alam cinta monyet. Aku masih dalam dunia aku.

“Lily dengan Ghani, Angah dengan Mawi, Haida dengan Black, ko Bil?”

“kenapa dengan aku?” aku pelik dengan soalan sahabat aku, Arif.

“ko kena couple juga, nanti tak sunyi”

“tak nak lah” aku menolak bersahaja.

“Azmil tu ko tak suka ke?”

“hah?? Apa kes wei.. jangan buat gila” aku mula rasa berapi bersama mereka ni.

“Azmil suka ko”

“sape cakap?” marah aku.

“aku pun rasa macam tu. Ingat tak masa kat Sekolah Sulaiman, dia rapat dengan ko kan?” Angah bersuara.

“memang lah, kata kawan” aku membalas.

“habis tu yang duduk sekali dalam bas” pertanyaan Lily membuat semua mata memandang aku.

“biasalah tu, kan sama aje” aku membela diri.

“dia memang suka kat ko” Arif begitu yakin menyatakan kenyakinannya.

“kalau dia suka aku, mesti dia yang cakap, bukan ko. Entah apa2 la korang ni” aku membantah, hati tiba2 berdebar.

Tanpa aku duga, kata2 aku petang itu sampai juga ditelinga Azmil. Sama ada ini hanyalah perasan aku atau memang dia sedang pandang aku. Sungguh tidak selesa langsung. Inilah yang paling aku tidak suka kalau bercinta sekelas.

“boleh aku cakap dengan ko tak?”

“sejak bila pula ko jadi berhemah ni?” aku hanya tersenyum melihat Azmil yang tersengih sumbing. Tangan aku ligat mengemas barang2 bersedia untuk pulang memandangkan kelas sudah pun berakhir.

“aku suka ko” mendatar aku dengar suaranya.

“terima kasih” aku masih cuba bersahaja.

“ko suka aku tak..?”

“suka la juga. Kenapa? Dosa tak suka orang tahu!” aku acuh tak acuh.

“wei..aku suka ko, aku nak couple dengan ko” bersungguh dia menatap muka aku.

“apa!!??” aku terduduk semula. Mujur hanya tinggal aku dengan dia sahaja di kelas.

“aku tak tahu nak cakap apa” aku jujur dengan nya.

“kita couple” dia bersuara, usulnya nampak mudah aje padanya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 08:43 AM | Show all posts
memang kelakar kalu ingat cinta monyet zaman sekolah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 08:51 AM | Show all posts
Reply 63# shahrinas


    jenuh nak bayang ni... tapi best kan.... dating bawah pokok..bau2 peluh pun tak kisah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 10:08 AM | Show all posts
Salam & morning fazss..... sambung lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 12:06 PM | Show all posts
Reply 65# naufal2705


    salam...relaks la dulu.. nak buat payment org ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply 66# fazss


    fazss keje kat mana nie?? Keje bank ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 12:16 PM | Show all posts
Reply 67# naufal2705


    hehehe..bercita2 jugak nak keje bank, tak dpt... keje civil (construction)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 12:18 PM | Show all posts
Reply 68# fazss


    ok lah tu... tak cuti lagi ke?? kebiasaannya kalau raya cina .. office tutup awal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 12:28 PM | Show all posts
Reply 69# naufal2705


    esk half day.. hehehe kat sini semua kejar duit
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 02:06 PM | Show all posts
salam fazss..............

tompang lalu ................
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 02:06 PM | Show all posts
nampaknya makin meriah la board ni .....

caiyokk fazss hihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 02:13 PM | Show all posts
Reply 71# fiqrah


    lalu tu, singgah2 la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 02:13 PM | Show all posts
Reply 72# fiqrah


    bila fiqrah nak open table ni???
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 02:19 PM | Show all posts
Reply 74# fazss


    open table ? .........boley saja .....jom !!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 02:20 PM | Show all posts
Reply  fiqrah


    lalu tu, singgah2 la...
fazss Post at 1-2-2011 14:13



    akan ku "singgah selalu" ././.../ .....macam nama restoren kat JB
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-2-2011 02:20 PM | Show all posts
Reply 75# fiqrah


    maksud fazss open table kt sini?? hasil tulisan fiqrah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 02:23 PM | Show all posts
Reply 77# fazss


    OIC ...........ingat open table apa tadi ..........
    takde bakat la fazss ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 02:29 PM | Show all posts
Reply 76# fiqrah


    duk JB ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2011 02:30 PM | Show all posts
Reply 78# fiqrah


    cuba lah.. bakat terpendam ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.726079 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list