CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1723|Reply: 1

Empat hospital di Gaza tidak dapat beroperasi

[Copy link]
Post time 20-10-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode

KESAN kemusnahan akibat serangan udara Israel di Khan Younis, selatan Gaza. FOTO Reuters

Gaza: Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa empat hospital di enklaf yang dikepung itu tidak beroperasi kerana menjadi sasaran langsung oleh serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Empat hospital itu ialah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama, dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

"Hospital mengalami kadar penghunian katil yang tinggi iaitu 150 peratus, dan mereka yang cedera serta pesakit tidur di atas lantai dan koridor.

"Tiada stok ubat-ubatan, bahan habis pakai perubatan, dan bahan api di hospital," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, hospital kekurangan semua keupayaan perubatan dan bahan api, sambil menambah bahawa sebarang kelewatan dalam membawa bekalan perubatan ke hospital Semenanjung Gaza akan membawa kepada kehilangan lebih ramai yang cedera dan pesakit.



Ia menyeru masyarakat antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan untuk menyegerakan kemasukan keperluan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Ia juga menyeru semua pihak berkuasa yang berkaitan untuk melindungi pasukan perubatan, hospital, ambulans dan tempat perlindungan bagi rakyat yang dipaksa oleh pencerobohan Israel meninggalkan rumah mereka, menurut Petra.

Lebih 3,785 rakyat Palestin terbunuh, manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.


Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 2:17pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 01:24 PM | Show all posts
astatgaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list