CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6179|Reply: 1

7 manfaat betik untuk kesihatan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 22-10-2023 11:08 AM



BETIK mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. - GAMBAR HIASAN/PRANJALL KUMAR (Unsplash)

ADA orang kata betik ialah buah kebangsaan untuk Malaysia. Pengesahannya tiada tetapi yang pasti, betik bukan buah yang asing untuk rakyat Malaysia.
Di kampung-kampung, pokok betik banyak ditanam di halaman rumah. Nak tanam senang, nak jaga pun senang.

Malah, ia sangat praktikal untuk kehidupan di kampung. Buahnya kalau ranum boleh dimakan terus, kalau muda boleh digulai. Pucuknya boleh dibuat ulam.

Selain itu, buahnya juga banyak khasiat. Waktu kecil dulu, kalau sembelit, memang mak ayah cari betik dulu. Kembara nyahtinja jadi lancar dan nyaman selepas makan betik.

Di sini Relevan ingin kongsikan lapan khasiat betik untuk kesihatan menurut sains. Fakta ini diambil dari portal [color=var(--c-a,var(--c-links))]Healthline.
  • Lazat dan penuh nutrien


Kata orang, pahit itu ubat. Macam mana kalau ada ubat yang manis, bertekstur lembut dan sedap dimakan sejuk-sejuk?
Itulah betik. Bukan saja lazat, malah penuh nutrien.

Dalam betik, ada enzim bernama papain. Enzim ini boleh memecahkan rantaian protein yang kukuh pada daging otot.
Selain itu, sebiji betik kecil seberat 152 gram juga mempunyai kandungan berikut:
– kalori: 59
– karbohidrat: 15 gram
– fiber: 3 gram
– protein: 1 gram
– vitamin C: 157 peratus daripada pengambilan harian rujukan (RDI)
– Vitamin A: 33 peratus daripada RDI
– folat (Vitamin B9): 14 peratus daripada RDI
– kalium: 11 peratus daripada RDI

  • Kesan antioksidan

Radikal bebas merupakan molekul reaktif yang dibina ketika proses metabolisme tubuh. Ia boleh menggalakkan tekanan oksidatif, seterusnya menyebabkan penyakit.

Bagaimana cara untuk menangani radikal bebas? Jawapannya: antioksidan. Ini termasuk karotenoid yang ditemui dalam betik selain kandungan likopena serta kemampuannya untuk menyingkirkan lebihan ferum.

Kajian mendapati betik yang diperam boleh mengurangkan tekanan oksidatif pada orang dewasa dan mereka dengan pradiabetes, hipotiroidisme sederhana dan penyakit hati.

Ada kajian lain mendapati, orang dengan Alzheimer (yang antara puncanya ialah kehadiran radikal bebas dalam otak) yang diberikan ekstrak peraman betik selama enam bulan mengalami pengurangan 40 peratus penanda bio yang menandakan kerosakan oksidatif pada DNA.

  • Ciri antikanser

Kajian mendapati likopena dalam betik juga boleh mengurangkan risiko kanser, selain bermanfaat untuk mereka yang dalam rawatan kanser.
Sekali lagi, ini kerana keupayaan betik untuk mengurangkan radikal bebas yang menyumbang kepada pembentukan kanser.

Malah, betik juga mempunyai kesan unik yang tidak dikongsi buah-buahan lain.

Dalam kalangan 14 buah dan sayur yang diketahui mempunyai ciri antioksidan, hanya betik yang menunjukkan aktiviti antikanser pada sel kanser payudara.

  • Menyihatkan jantung

Buah dengan likopena dan vitamin C yang tinggi boleh membantu menghindari penyakit jantung.

Antioksidan dalam betik, contohnya, boleh melindungi jantung dan meningkatkan kesan perlindungan kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang baik.

Dalam satu kajian, mereka yang mengambil suplemen betik yang diperam untuk 14 minggu mempunyai kurang keradangan dan nisbah kolesterol jahat (lipoprotein berketumpatan rendah – LDL) dengan kolesterol baik (HDL) yang lebih baik berbanding mereka dengan rawatan plasebo.

Nisbah yang baik tersebut dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang lebih rendah.

  • Boleh melawan keradangan

Keradangan kronik merupakan punca banyak penyakit. Makanan dan gaya hidup tidak sihat boleh mempercepat proses keradangan.

Untuk mengurangkan penanda keradangan, kajian mencadangkan buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan, seperti betik.

Contohnya, satu kajian mendapat lelaki yang meningkatkan pengambilan buah dan sayur yang tinggi karotenoid mencatatkan pengurangan signifikan dalam penanda keradangan, protein reaktif-c (CRP).

  • Menambah baik penghadaman

Enzim papain dalam betik memudahkan protein untuk dihadam. Sejak sekian lama, penduduk negara-negara tropika menggunakan betik sebagai penawar untuk sembelit dan sindrom usus terganggu (IBS).

Dalam satu kajian, mereka yang mengambil formula berasaskan betik untuk 40 hari mengalami penambahbaikan yang signifikan berkaitan sembelit dan kembung perut.

Malah, bahagian lain pokok seperti biji, daun dan akar betik juga boleh mengubati ulser untuk haiwan dan manusia.

  • Kerosakan kulit

Betik juga mempunyai manfaat kecantikan. Ia boleh menjadikan kulit lebih bertona dan muda kerana aktiviti radikal bebas dipercayai menyebabkan kekedutan, lendutan dan kerosakan kulit lain apabila usia meningkat.

Vitamin C dan likopena dalam betik membantu melindungi kulit daripada kesan penuaan. Dalam satu kajian, membekalkan likopena selama 10 hingga 12 minggu mengurangkan kemerahan kulit selepas terdedah kepada matahari, yang merupakan petanda kecederaan kulit.

Selain itu, wanita berusia yang mengambil campuran likopena, vitamin C dan antioksidan lain selama 14 minggu juga menunjukkan pengurangan dari segi kedalaman kedutan pada muka. – RELEVAN


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sedap pulak tgk betik ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.358435 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list