Dikenali sebagai Queen of Pop, pada malam pembukaan siri Jelajah Dunia Celebration Tour, Madonna kembali mengeluarkan mahkotanya.
Bintang itu menyanyikan lebih daripada 40 buah lagu hits, termasuk lagu di waktu puncak kegemilangan seperti Ray Of Light, Like A Prayer dan Holiday.
Dia berjaya menangani jangkitan yang hampir membunuhnya pada musim panas lalu dengan berkata kepada para peminat:
"Saya tidak terfikir saya akan terus hidup, begitu juga kata doktor saya".
Dia juga sempat meluahkan rasa kesedihan dengan keadaan di Israel dan Gaza.
"Ia sangat menyakitkan untuk disaksikan," katanya.
"Sayu hati saya melihat kanak-kanak menderita, remaja menderita, orang tua menderita. Saya pasti anda semua bersetuju."
Konsert itu dianggap sebagai himpunan lagu-lagu hits terhebat dan ternyata dia tidak mengecewakan.
Dibantu oleh pelbagai koleksi pakaian vintaj, konsert ini menggembara ke masa lampau kerjayanya, yang telah mengubah dirinya daripada seorang wannabe yang tidak berduit kepada ikon muzik dunia, terserlah impaknya terhadap budaya popular muzik pop.
Dia membuka persembahan dengan lagu Nothing Really Matters, yang lirik lagu itu ditujukan khas kepada para peminat:
Post time 23-10-2023 09:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Granny madonna ni mcm sakit je. Tgk konsert dia ari tu mcm ada yg missing je. Bakal jd illuminati sacrifice ke? Adakah celebration tour ni bakal jd farewell tour dia?
kerlas sangat nek donna. meols suka jah lagu2 sheols yang zaman milenium macam hung up, 4 minutes duet ngan ramen, apetah lagi. Sheols penah buat tour kat mesia tak noks?