CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2232|Reply: 1

[Melaka] Bukan kimia, bahan pencuci punca air parit kebiruan

[Copy link]
Post time 23-10-2023 05:34 PM | Show all posts |Read mode

Gambar tular sebelum ini menunjukkan air parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan bertukar warna kebiruaan. Foto Tular

Melaka: Hasil analisis kimia mengesahkan sisa tumpahan menyebabkan pencemaran parit di Jalan Haji Said, Kampung Bukit Bayan, Bukit Katil, awal bulan ini, tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Melaka Rosli Mustafa berkata, ia adalah bahan pencuci yang menyebabkan air di parit itu bertukar kebiruan.

Beliau berkata, laporan penuh analisis sampel berkenaan dikeluarkan Jabatan Kimia Malaysia, Bukit Katil.

"Setakat ini tiada tindakan diambil terhadap pelaku yang menyebabkan tumpahan bahan berkenaan.

"Ini kerana bahan pencuci tidak dikategorikan sebagai Buangan Terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kampung berkenaan gempar apabila air parit yang jernih tiba-tiba bertukar warna kebiruaan, berbuih pekat dan berbau busuk serta menyebabkan banyak ikan mati.

Gambar tumpahan yang berlaku di situ turut tular selepas dikongsikan penduduk di laman sosial.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -air-parit-kebiruan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:22 PM | Show all posts
blue waterrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.188179 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list