CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1784|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bukan wang dikejar, keinsafan dorong pemuda pilih jadi penggali kubur

[Copy link]
Post time 26-10-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Jailani Ahmad Zawawi, 34, ketika menggali kubur di Tanah Perkuburan Batang Benar, Nilai. - Foto NSTP/Ahmad Hasbi


NILAI: Ketika rakan seusianya memilih untuk berpakaian kemas dan menceburi bidang kerjaya di ibu kota, pemuda ini pula lebih selesa untuk bergelumang dengan tanah dan terik mentari.


Bukan wang dipandang, tetapi kepuasan dan tanggungjawab yang digalas sebagai penggali kubur menyebabkan Muhammad Jailani Ahmad Zawawi, 34, membuat keputusan terbabit dengan kerja itu sejak 15 tahun lalu.

Mengakui zaman remajanya yang agak nakal, kerja sebagai penggali kubur banyak mengubah kehidupannya menjadi individu yang lebih baik dan matang.

Muhammad Jailani berkata, pada awal pembabitannya, dia hanya membantu bapanya yang banyak terbabit dengan kerja sukarelawan di sekitar Batang Benar, termasuk bantuan pengurusan jenazah.

"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya pernah bekerja di pasar borong dan di pelantar minyak. Ketika zaman remaja, saya boleh dikategorikan sebagai agak nakal.

"Ketika itu solat memang tunggang langgang dan selalu keluar melepak dengan kawan. Boleh dikatakan keluar pagi, balik pagi," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, melihat kepada sikapnya itu, bapanya memaksa supaya membantu pihak kariah Masjid Batang Benar sebagai penggali kubur ketika berusia 18 tahun.

"Selepas beberapa tahun, saya mula arif bab menggali kubur dan bermula pada 2014 saya bergerak sendiri dengan menjadikan gali kubur sebagai fokus utama.

"Memang diakui selepas menjadi penggali kubur, saya banyak berubah. Saya lebih bertanggungjawab, sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dan paling penting ia mengingatkan kita kepada mati.

"Malah, kini boleh dikatakan saya menjaga solat lima waktu. Walaupun tanpa gaji pokok dan hanya mengharapkan sagu hati daripada pihak masjid, namun saya puas kerana dapat membantu.

"Kadang-kadang sedang tidur pada waktu malam, imam masjid hubungi supaya gali kubur, saya terus bangun dan bersiap," kata anak jati Batang Benar itu.

Muhammad Jailani berkata, jika tiada kematian, dia akan mengambil upah bekerja kampung seperti menebas pokok dan memotong rumput bagi mengisi masa dan mencari pendapatan sampingan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.039050 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list