CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4536|Reply: 1

Terima Ratusan Ugutan Bunuh, Bella Hadid Tidak Berganjak Sokong Palestin

[Copy link]
Post time 29-10-2023 08:38 AM | Show all posts |Read mode
Terima Ratusan Ugutan Bunuh, Bella Hadid Tidak Berganjak Sokong Palestin


Adik kepada supermodel Gigi Hadid, Bella, mendedahkan seluruh ahli keluarganya hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.

Lantang Mengutuk Tindakan Rejim Zionis


Gigi beberapa minggu lalu dengan lantang mengutuk tindakan kejam rejim Zionis yang membedil dan membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Dia antaranya juga mendesak agar barisan pemimpin dunia bergabung dan menentang kekejaman atas dasar kemanusiaan.

Namun, kata Bella, tidak ada seorang pun daripada mereka akan berganjak daripada menzahirkan sokongan terhadap Palestin hanya kerana menerima ugutan bunuh.

Berkongsi Kehidupannya


Menurut Intepseleb, Bella, 27, berkongsi situasi keluarga sejak dua minggu lalu menerusi kenyataan yang disiarkan di akaun Instagramnya.

Tulis Bella, sejak dua minggu yang lalu kehidupan dia dan keluarganya agak tegang kerana dia bersuara mengenai nyawa manusia yang tidak berdosa.

Saya mencari perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kehidupan kami sejak dua minggu lalu.

Ia sangat menegangkan dan ini terjadi hanya kerana kami bersuara tentang nyawa manusia yang tidak berdosa.

Model tersebut kemudian menulis tidak akan berdiam diri dan tidak takut dengan ‘ketegangan’ yang dihadapi mereka.

Nombor Telefon Didedah


Malah dia juga mendakwa menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari dan nombor telefonnya didedahkan kepada umum.

Saya menerima ratusan ugutan bunuh setiap hari. Nombor telefon saya didedahkan dan keluarga berada dalam keadaan bahaya.

Dan saya tidak boleh lagi berdiam diri. Ketakutan bukan satu pilihan.

Penduduk Palestin terutama di Gaza termasuk kanak-kanak tidak boleh melihat kita berdiam. Bukan kita yang berani tapi mereka.

Menerusi kenyataan tersebut, Bella dengan tegas memberitahu dunia bahawa dia menentang kekerasan dan kekejaman yang berlaku dan menuntut keharmonian dan sifat manusiawi.

Sumber:https://murai.my/2023/191780/ter ... ak-sokong-palestin/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 11:05 PM | Show all posts
I love her earrings in the picture used.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.055841 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list