CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3472|Reply: 0

Afrika Selatan juara Piala Dunia Ragbi kali keempat

[Copy link]
Post time 29-10-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Afrika Selatan juara Piala Dunia Ragbi kali keempat



Kapten Afrika Selatan, Siya Kolisi menjulang Trofi Webb Ellis selepas mereka menundukkan New Zealand 12-11 pada final Piala Dunia Ragbi di Stade de France, Saint-Denis awal pagi tadi. – Foto REUTERS


PARIS: Afrika Selatan menghasilkan permainan bertahan mengagumkan untuk mengatasi New Zealand yang beraksi 14 pemain 12-11 pada final Piala Dunia Ragbi awal pagi tadi sekali gus memenangi Trofi Webb Ellis dengan rekod kali keempat.

Hanya satu kad kuning dilayangkan dalam sembilan final Piala Dunia sebelum ini namun permainan kasar pada perlawanan itu menyaksikan empat kad kuning dikeluarkan dalam tempoh 80 minit pertembungan sengit di depan 80,065 penonton di Stade de France.

Kapten All Blacks, Sam Cane malang kerana muncul pemain pertama dibuang padang dalam sejarah final apabila kadnya susulan terjahan keras dinaik taraf kepada merah selepas reviu sejurus sebelum separuh masa pertama tamat.

Di sebalik beraksi tiga suku perlawanan itu kurang seorang pemain, All Blacks mengekalkan corak permainan mereka dan menyempurnakan satu-satunya try menerusi Beauden Barrett untuk merapatkan kedudukan kepada satu mata sebelum sejam.

Springboks, yang diketuai pemain terbaik perlawanan Pieter-Steph du Toit, mampu bertahan di bawah tekanan dalam suku terakhir dan empat penalti Handre Pollard pada babak pertama ternyata mencukupi untuk mereka menambah satu lagi kejuaraan selepas kejayaan pada tahun 1995, 2007 dan 2019.


Pemain scrum-half Afrika Selatan, Faf de Klerk (kanan) menyepak bola pada final Piala Dunia Ragbi menentang New Zealand di Stade de France, Saint-Denis awal pagi tadi. – Foto AFP


Kemenangan Afrika Selatan mengekalkan trofi itu di hemisfera selatan buat lima kejohanan berturut-turut dan Siya Kolisi muncul kapten kedua selepas kapten All Blacks, Richie McCaw menjulang trofi dua kali.

"Tiada cara buat saya untuk menjelaskannya. All Blacks menekan kami hingga ke akhir, mereka menyukarkan kami sepanjang perlawanan," kata Kolisi.

"Pujian kepada rakan sepasukan saya kerana berjuang. Saya amat bersyukur kami mampu melakukannya.

"Terlalu banyak kesilapan berlaku di negara kami dan kami bagaikan benteng terakhir pertahanan dan kami boleh membuktikan kami mampu meraih banyak kejayaan bersama." – REUTERS

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -ragbi-kali-keempat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.162506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list