CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 873|Reply: 0

[Melaka] 'Kawan anak cuba mengurat kerana disangka kakak'

[Copy link]
Post time 31-10-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

NURMI Hidayah bersama dua anaknya Muhammad Darwish Rayyan dan Muhammad Danish Rafiq Mohd Razif. FOTO Ihsan Nurmi Hidayah

Melaka: "Memang ramai yang menyangka saya adalah kakak kepada dua anak lelaki, malah rakan anak juga pernah beberapa kali 'mengurat' saya, namun anak akan beritahu saya adalah ibu kandung mereka," kata Nurmi Hidayah Othman.

Nurmi Hidayah, 38, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video bersama anak, Muhammad Darwish Rayyan,14, dan Muhammad Danish Rafiq Mohd Razif, 15, serta netizen menyangka mereka adalah adik beradik atau sepupu.

Surirumah itu berkata, dia yang bertubuh kecil dan rendah sering dianggap kakak kepada dua anak kesayangan, malah ada juga yang tidak percaya yang dirinya sudah berkahwin dan mempunyai anak yang sudah menginjak remaja.

Menurutnya, pelbagai pengalaman dan situasi lucu dilaluinya termasuk ketika mendaftar persekolahan anak serta pernah ditahan polis ketika sekatan jalan raya beberapa tahun lalu.

"Ketika mendaftarkan persekolahan anak, mereka beritahu saya yang ibu bapa perlu datang bukan kakak. Pernah juga rakan anak mengusik dan mengurat, malah mereka memanggil saya kakak. Apabila diberitahu perkara sebenar mereka terkejut.

"Dahulu anak malu juga bila ramai yang salah sangka dan ada yang meminta saya berpenampilan dan memakai tudung seperti 'mak cik' tetapi sekarang mereka sudah tidak kisah.

"Saya tidak berpenampilan seperti orang muda sangat cuma biasa saja mungkin kerana saya kecil dan rendah orangnya, malah berat saya sehingga kini 43 kilogram saja mungkin itu yang dilihat seperti hampir sebaya dengan anak," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Nurmi Hidayah yang juga hos secara langsung berkata, video berkenaan hanya suka-suka mengikut trend semasa dan sebelum ini dia jarang berkongsi gambar anaknya di media sosial.

Katanya, pada mulanya netizen menyangka mereka adalah kakak dan adik atau sepupu serta sengaja mencari publisiti serta untuk kandungan TikToknya saja.

"Saya memang rapat dengan anak kerana kami hidup bertiga sejak berpisah dengan bekas suami, cuma sekarang anak sudah meningkat remaja jadi agak jarang mahu ikut saya keluar dan video itu untuk kenangan saja.

"Saya tidak pernah berbangga dengan usikan atau kata orang yang melihat saya muda hampir sebaya dengan anak dan saya akan mengaku mempunyai dua anak," katanya yang kini sudah berkahwin buat kali kedua.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... rana-disangka-kakak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.297809 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list