CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nolya

RM20 Juta untuk Pengubahsuaian Masjid Kg. Baru

[Copy link]
Post time 8-2-2011 09:47 AM | Show all posts
Agak agak kalau kos pengubahan suaian ialah 20 juta(seperti yang disebut)......berapa jumlah yang betul2 goes into that upgrading cost? 1 juta maybe?Yang lain kena balun?
crankshaft Post at 8-2-2011 07:04 AM


Secara puratanya dalam mana-mana projek bernilai 20juta, 5-7% dah hilang kek consultant.
Kengkadang tu lagi 5-10% hilang tanpa dapat dikesan.
Yang selebihnya tu laa yang kontraktor guna utk bina bangunan termasuk laa untung.

Kalo mesjid dorang berani buat hat yang 'hilang tanpa dapat dikesan' tu..... aku tak terkata apa dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 09:51 AM | Show all posts
20 juta kasi kat kawasan aku ni buat masjid lagi bagus..dah dekat 10 tahun tunggu derma ngan bantuan.. sampai surau sempit2 terpaksa jadi tempat sembahyang Jumaat
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:54 AM | Show all posts
Dok bising-bising ni, semua dah tengok plan ke belum? Tgk model dalam gambaq ni..



Alhamdulillah, ada Kerajaan yang sanggup spend RM 20 juta bagi meneruskan syiar Islam di Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:09 AM | Show all posts
News berkaitan ...


RM20 JUTA JADIKAN MASJID JAMEK IKON KAMPUNG BARU MODEN - PM

KUALA LUMPUR, 5 Feb 2011 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Masjid Jamek Kampung Baru di sini akan menjadi titik permulaan dan ikon transformasi kawasan itu menjadi kawasan bernilai tinggi, canggih dan moden.

Sebagai langkah pertama ke arah pembangunan kawasan itu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi membiayai pengubahsuaian masjid berkenaan.

Katanya kerja-kerja menaik taraf masjid akan bermula dalam tempoh enam bulan dengan peruntukan tersebut disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan - 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Tahun ini adalah detik permulaan era baru Kampung Baru. Isyarat saya jelas. Saya datang setahun dulu bukan untuk melawat sahaja tetapi dengan niat membangunkan kampung ini, " katanya semasa melancarkan Program Ziarah Masjid di masjid berkenaan di sini, Sabtu.

Beliau berkata hasrat kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ialah untuk memberi nilai ekonomi tinggi kepada penduduk di situ dengan menukar status hartanah berkenaan kepada kawasan komersil, sama dengan kawasan sekelilingnya.

"Berdasarkan pada hasrat inilah mesti ada langkah yang boleh kita buat, kalau kita boleh selesaikan banyak masalah negara, takkanlah pembangunan Kampung Baru ini mustahil untuk (kita) cari penyelesaian yang boleh memberi manfaat," katanya.

Najib berkata sekiranya Kampung Baru tidak dibangunkan, pemilik tanah hanya akan menerima sebahagian sahaja dari nilai sebenar selain pemodenannya turut memberi tempias kepada ibu kota Kuala Lumpur.

Dalam usaha membangunkan Kampung Baru, syaratnya penduduk Kampung Baru perlu kekal tinggal di situ bagi mendapat keuntungan daripada pembangunan itu, katanya sambil memberi jaminan tidak ada pihak ketiga yang mendapat keuntungan darinya.

Katanya jika Kampung Baru tidak dibangunkan, ia akan dilihat seolah-olah seperti sebuah kawasan setinggan yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit dan seolah-olah tertinggal dalam arus kemajuan yang pesat kota metropolis moden.

Menurutnya kerajaan sudah menubuhkan sebuah perbadanan untuk Kampung Baru dan melantik masyarakat kampung itu untuk memastikan apa yang dilakukan adalah telus dan tiada niat buruk di sebaliknya.

Beliau berkata syarikat berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Lembaga Tabung Haji juga akan terbabit dalam membantu hala tuju dan arah pembangunan kampung tersebut yang mula dibuka sejak tahun 1899.

Najib berkata Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan.

Mengenai pelan menaik taraf masjid berkenaan, katanya pelannya sudah diteliti dan pelantikan kontraktor bagi tujuan itu akan diserahkan kepada jawatankuasa masjid serta pembayaran akan dibuat mengikut kemajuan.

Kapasitinya akan ditingkatkan kepada 5,000 jemaah yang boleh bersolat pada satu-satu masa dan jemaah boleh meneruskan amal ibadat dan aktiviti masjid pada masa ia dinaik taraf, katanya.

Beliau berkata Masjid Jamek Kampung Baru berbeza dengan masjid lain di ibu kota kerana ia mempunyai pertalian yang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat setempat kerana sejarahnya yang tersendiri.

Najib juga mengesyorkan supaya aktiviti mengimarahkan masjid seperti tarbiah, dakwah serta aktiviti keilmuan seperti tuisyen diteruskan kepada generasi muda bagi terus membina manusia berkualiti.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis berkenaan walaupun hujan lebat sejurus masuk waktu Solat Asar.

Pada majlis sama, Najib melancarkan Kelab Belia 1Masjid Kampung Baru.

SUMBER : BERNAMA

Nah gambaq besaq sikit...

Sekarang :



Akan datang, Insya Allah :

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:31 AM | Show all posts
News berkaitan ...


RM20 JUTA JADIKAN MASJID JAMEK IKON KAMPUNG BARU MODEN - PM

KUALA LUMPUR ...
tokapi Post at 8-2-2011 10:09


His...kos macam lam gambar tu mana boleh makan sampai 20 Juta..tu hanya 1 juta je tu..kan sekarang kos pembinaan dah turun dah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:22 PM | Show all posts
Secara puratanya dalam mana-mana projek bernilai 20juta, 5-7% dah hilang kek consultant.
Kengka ...
airfilterkotor Post at 8-2-2011 09:47


Akhirnya lebih banyak air dari cement..........macam mana taknya bangunan yang tak sampai setahun umurnya, dah boleh bocor sana bocor sini..ye kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 12:56 PM | Show all posts
ni bkan nk ubahsuai ni, ini nk wt masjid baru..bapak tggi kos dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 12:57 PM | Show all posts
byk tu utk renovate masjid saja..

even  kalo deorg nak renovate masjid tu jd bertingkat2 pun rsnya ada lbh lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.265560 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list