View: 11564|Reply: 47
|
[Tempatan]
Mesin ventilator KKM yang dibeli melalui WhatsApp rosak tiada perjanjian bertulis, kontrak mahupun waranti- laporan
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 2-11-2023 12:24 PM
KUALA LUMPUR: Ketiadaan perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
Menurut Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), tiada kontrak digubal antara KKM dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.
Laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu itu mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan.
Selain itu, PAC mendapati terdapat percanggahan keterangan antara KKM dan PLSB berkaitan kewujudan waranti kesemua 136 unit ventilator.
"PLSB tidak menandatangani sebarang kontrak dengan pembekal serta memaklumkan kepada PAC bahawa semua dokumen pesanan pembelian dan dokumen sebut harga menunjukkan bahawa waranti ventilator adalah antara Kerajaan Malaysia dan pembekal.
"PLSB hanya bertindak menguruskan penghantaran ventilator ke fasiliti KKM dan membantu KKM menghubungi pengilang untuk menggunakan waranti ventilator yang tidak dapat digunakan. Pihak KKM memaklumkan bahawa tiada waranti semasa pembelian ventilator oleh PLSB.
"Waranti hanya diberikan oleh PLSB untuk ventilator yang dinaik taraf susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Perolehan Darurat yang diadakan pada 1 Sep 2020," menurut laporan itu.
Laporan setebal 120 muka surat itu turut mendedahkan perbincangan, penilaian dan keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan iaitu melalui aplikasi WhatsApp disebabkan kekangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan faktor kesegeraan serta keterdesakan situasi ketika itu.
Menurut laporan itu, disebabkan situasi luar biasa yang dihadapi dunia ketika itu, perolehan darurat telah dilaksanakan untuk mendapatkan bekalan vaksin, ventilator, PPE dan lain-lain kelengkapan bagi menangani penularan wabak COVID-19.
"Pada ketika itu, dunia berhadapan krisis kekurangan bekalan peralatan perubatan yang menyebabkan perebutan. Kegagalan untuk membuat keputusan segera akan menafikan peluang negara untuk mendapat bekalan dan seterusnya menyebabkan kehilangan nyawa," menurut laporan itu.
PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput setakat 1 Jun 2023.
Menurut laporan itu, KKM telah melaksanakan perolehan vaksin berdasarkan unjuran keperluan vaksin namun berlaku lebihan vaksin disebabkan penurunan permintaan terhadap vaksinasi, kelewatan penerimaan bekalan vaksin dan penerimaan sumbangan vaksin dari negara luar.
Sementara itu, sebahagian besar PPE akan dapat digunakan sebelum tarikh luput walaupun terdapat risiko lebihan 850,000 unit stok boot cover, yang akan luput pada penghujung tahun 2024 bernilai RM927,000 jika tidak dapat digunakan.
"Punca berlaku lebihan boot cover dan protective suit/coverall yang ketara disebabkan oleh semakan terhadap garis panduan pemakaian PPE selaras dengan perkembangan dan penemuan saintifik pengurusan COVID-19 melalui Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," menurut laporan itu.
Bagi tujuan penambahbaikan, PAC mengesyorkan walaupun ketika berhadapan dengan keadaan darurat, dokumentasi hendaklah dilaksanakan dengan usaha wajar.
Jawatankuasa itu turut mencadangkan KKM perlu segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit peralatan ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab, selain memastikan lebihan PPE dimanfaatkan sebaiknya sebelum tarikh luput.
"Selain itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan dalam memastikan industri tempatan berupaya menghasilkan peralatan perubatan serta farmaseutikal bagi mengelakkan kebergantungan kepada negara luar dalam memperkasakan sistem penjagaan kesihatan awam," menurut laporan itu.
Laporan penuh boleh diakses orang ramai mulai hari ini di laman web PAC melalui pautan www.parlimen.gov.my/pac
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kegagalan-104-ventilator-tiada-perjanjian-bertulis-kkm-plsb-pac-443905
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
What??
No way!
Takkan lah.
Who signed for them, who was the Purchasing Manager and which Committee, yg tentunya termasuk Anaesthetists dan ITU specialists and Senior Nurses as well as the representatives from various departments, hospital managers etc. And tentu sekali Anaesthetists and ITU specialists sgt alert dgn all these (merekalah yang paling perlu menggunakan all these Ventilators).
|
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ada walanon babi duk kalih pasal vaksin puleksss
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 2-11-2023 03:50 AM
Nanti ada walanon babi duk kalih pasal vaksin puleksss
“PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput setakat 1 Jun 2023.”
Walaun & walauntit tak teringin sumbat dlm lubang masing2 kew?
KahkahkahKah? |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah supply kat gomen. Dapat sebab ada kabel. Tgk cara keje dorg mmg sambil lewa. Sebab yg dapat tender tu kawan2. U help me, I help you. Mmg takkan stop la pembaziran duit ni. Hanya akan stop jika orang yg keje tu berdedikasi dan jujur. Atau tindakan dikenakan kalau ada salah laku. Which is not happening la. Audit is just nice to know basis. Bukan duit kau punn.. duit rakyatt |
|
|
|
|
|
|
|
Cucuk.. PKP, pakai mask, berator masuk Giant.. scan…ulang!
|
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 2-11-2023 06:29 AM
Pernah supply kat gomen. Dapat sebab ada kabel. Tgk cara keje dorg mmg sambil lewa. Sebab yg dapat t ...
Biasalah kakitangan awam... Keje tak perform pun hujung bulan gaji 1 sen pun tak berkurang. Lagi untung kerja malas malas & santai. Lagi syok sengaja melengahkan kerja supaya orang awam mengemis merayu minta jasa baik untuk diselesaikan urusan... Baru terasa powerful. Baru ada peluang income tambahan bawah meja. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya banyak kes dah kena korek sebab PAC masuk..tapi ada penambahbaikan ke lepas tu. Sebab tu aku rasa org keje gomen yg x kompeten ni byk ikut kabel....patutnya org yg dpt keje gomen ni pandai2 belaka..maybe integriti xde kot |
|
|
|
|
|
|
|
Nilah yg heboh dulu ambil ventilator dr china, tp xdpt guna sb rosak. Mmg smpi2 je sini rosak. Doktor bising2 |
|
|
|
|
|
|
|
Perwira2022 replied at 2-11-2023 06:46 AM
Biasalah kakitangan awam... Keje tak perform pun hujung bulan gaji 1 sen pun tak berkurang. Lagi u ...
500% SETUJU! |
|
|
|
|
|
|
|
haa
“Yeah. So, in fact, I actually posted about that,” responded Musk, “because I called doctors in Wuhan and said, ‘What are the biggest mistakes that you made on the first wave?’ This is early on. And they said, ‘We put far too many people on intubated ventilators.’ So then I actually posted on Twitter at the time and said, ‘Hey, I'm what I'm hearing from Wuhan is that they made a big mistake in putting people on intubated ventilators for an extended period. And that this is actually what is damaging the lungs, not COVID. It’s the treatment. The cure is worse than the disease.’ And they, people, yelled at me and said, I'm not a doctor. I'm like, Yeah, but I do make spaceships with life support systems.”
tertipu tetipah
|
|
|
|
|
|
|
|
Menggelupur walaun2 serata socmed...yang ambil alih tak audit ker whatsapp message? |
|
|
|
|
|
|
|
beli dengan China? diaorang ingat, diaorang beli dengan German, yang ada moral dan kualiti beli dengan China....aduhai, gagal |
|
|
|
|
|
|
|
Wow melalui whatsapp..apstu semua pakat2 delete grup ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Lawaknya.. boleh order pakai wasap je rega jota-jota |
|
|
|
|
|
|
|
tak seprais pun uolsss
ni kan mesia
mesia semua bolehhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai whatsapp je? Gen apa beli harta gomen guna whatsapp.
Serupa budak bbnu yang tak reti protokol, jemput interview orang guna whatsapp,shortform. |
|
|
|
|
|
|
| |
|