View: 2612|Reply: 0
|
"Saya takkan letak jawatan, kerana saya seorang pejuang"- Ten Hag
[Copy link]
|
|
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag. FOTO Agensi
Manchester: Erik ten Hag tegaskan dirinya adalah seorang 'pejuang' dan beliau tidak akan tunduk dengan desakan yang mahu dirinya segera meletakkan jawatan susulan aksi hambar Manchester United ketika ini.
Jelas pengendali berasal dari Belanda itu, kekalahan memalukan 0-3 di tangan Newcastle United pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris sememangnya mengecewakan dirinya, namun ia bukan alasan untuk beliau melepaskan jawatan.
"Saya seorang pejuang. Saya faham apabila keputusan tidak memihak pasukan, ia juga proses logik yang mereka persoalkan. Tetapi saya yakin saya boleh melakukannya.
"Di semua kelab saya sudah melakukannya dan musim lepas di sini, saya juga melakukannya (mengubah United memenangi Piala Liga), tetapi pada waktu ini kami berada dalam situasi yang teruk," katanya.
Pada aksi yang diibaratkan ulangan final Piala Liga musim lalu yang dimenangi United itu, Newcastle mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi gol Miguel Almiron dan Lewis Hall sebelum mengukuhkan cengkaman mereka menerusi Joe Willock untuk mara ke suku akhir.
The Magpies mendahului apabila Almiron meledak masuk pada minit ke-28 selepas Tino Livramento memenangi bola dan mengumpan kepada pemain dari Paraguay itu yang berjaya mengatasi penjaga gol Andre Onana.
Hall menggandakan kedudukan lapan minit kemudian, merembat voli ke penjuru gol selepas benteng pertahanan United gagal mengeluarkan bola dengan sempurna dan kekecewaan bertambah buat penyokong tuan rumah apabila Willock menokok gol ketiga selepas sejam.
Kekalahan United itu adalah yang ke lapan daripada 15 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan - pencapaian terburuk sejak tahun 1972.
Ten Hag turut memohon maaf kepada penyokong United dan mengambil kekalahan itu dengan penuh rasa tanggungjawab.
"Kami tahu ia (persembahan) tidak cukup bagus. Kita perlu bertanggungjawab ke atasnya, saya perlu bertanggungjawab ke atasnya. Kami tidak memberikan aksi terbaik, saya turut kecewa seperti mana dirasai penyokong. Saya mohon maaf," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ang-pejuang-ten-hag |
|
|
|
|
|
|
| |
|