CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2868|Reply: 0

United diaibkan di Old Trafford

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:20 AM | Show all posts |Read mode

UNITED tumbang di tangan Newcastle United. FOTO AFP

Manchester: Nasib malan terus menghantui Manchester United apabila kali ini tumbang di tangan Newcastle United pada pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Kekalahan 0-3 itu nyata cukup mengaibkan, malah pengendalu United Erik ten Hag turut kelihatan kecewa susulan keputusan itu.

Kekalahan berkenaan juga menyaksikan United diejek penyokong sendiri ketika keluar padang di mana ia antara keputusan terburuk skuad Red Devils sepanjang kempen awal musim ini.

Dalam perlawanan ulangan final di Wembley tahun ini yang mana Manchester United menang 2-0, Newcastle mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi gol Miguel Almiron dan Lewis Hall sebelum mengukuhkan cengkaman mereka menerusi Joe Willock untuk mara ke suku akhir.

Newcastle mendahului apabila Almiron meledak masuk pada minit ke-28 selepas Tino Livramento memenangi bola dan mengumpan kepada pemain dari Paraguay itu yang berjaya mengatasi penjaga gol Andre Onana.

Hall menggandakan kedudukan lapan minit kemudian, merembat voli ke penjuru gol selepas benteng pertahanan United gagal mengeluarkan bola dengan sempurna dan kekecewaan bertambah buat penyokong tuan rumah apabila Willock menokok gol ketiga selepas sejam.

Manchester United tewas lapan daripada 15 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan - pencapaian terburuk sejak tahun 1972.

Dalam aksi lain menyaksikan West Ham United menyingkirkan Arsenal dengan kemenangan 3-1 menerusi gol Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen serta gol sendiri pemain pertahanan Ben White di Stadium London.

Martin Odegaard membalas satu gol pada minit ke-96 tetapi ia sudah terlambat bagi pelawat untuk membuat sebarang kebangkitan.

Liverpool pula meneruskan momentum baik apabila menumbangkan Bournemouth 2-1, Chelsea menundukkan Blackburn Rovers 2-0, Everton mengetepikan Burnley 3-0 manakala Fulham menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Ipswich Town 3-1.

Kelab divisyen tiga Port Vale, yang mengalahkan Mansfield Town awal pagi semalam, adalah pasukan dengan ranking paling rendah kekal bersaing.Kelab Liga Kejuaraan, Middlesbrough turut layak ke pusingan lapan terakhir selepas menang 3-2 ke atas Exeter City.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kan-di-old-trafford
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.217202 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list