CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15253|Reply: 243

Akibat terlalu banyak subsidi

  [Copy link]
Post time 8-2-2011 09:06 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Pergolakan di Mesir menunjukkan bahawa tindakan kerajaan memberikan atau menyogok subsidi kepada rakyat tidak boleh menjayakan ekonomi sesebuah negara.
Sebenarnya apa yang jauh lebih penting adalah kebolehan pemerintah menawarkan kemakmuran demi kelangsungan hidup rakyatnya.

Menurut Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin, apa yang dihadapi oleh kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak, membuktikan cara pemerintahan yang berbelanja banyak untuk 'menyuap makanan' kepada rakyatnya tidak mampu kekal lama.

Apa yang dilakukan kerajaan semasa Mesir hanya memberikan bebanan dan menekan rakyatnya.
''Mesir adalah sebuah negara yang begitu banyak memberikan subsidi kepada rakyatnya, ia meliputi barangan, pendidikan, makanan, perubatan, selain berbelanja tinggi untuk pertahanannya.

''Ini menyebabkan ekonomi negara itu menjadi statik kerana segala-galanya ditanggung kerajaan kerana tiada pelabur asing yang mahu melabur di Mesir,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini,
Katanya, tanpa pelaburan maka tidak wujudlah peluang pekerjaan, sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran di Mesir semakin tinggi.

Dr. Mahani berkata, tekanan hidup akibat eko-sistem ekonomi yang luar biasa itu menyebabkan rakyat tidak mampu lagi bertahan.
''Walaupun semuanya percuma tetapi kalau pengangguran meningkat ia tidak membawa apa-apa dan inilah akibatnya keruntuhan sesebuah negara sekira ekonomi gagal ditadbir dengan cekap.
''Kesimpulan apa yang berlaku di Mesir ialah subsidi bukan penyelesaian semua masalah,''
Beliau berkata, keadaan ekonomi di Mesir bertambah teruk sejak krisis ekonomi global yang berlaku pada 2008 apatah lagi ia bukan sebuah negara pengeluar minyak.

Tambahnya, selain Tunisia dan Mesir, Yemen merupakan sebuah lagi negara yang tidak mentadbir ekonomi dengan baik, yang mana rakyat terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan.
Tambah beliau, subsidi hanya baik untuk jangka tertentu tetapi bukan bagi tempoh yang terlalu panjang.
''Dan, bukan semua perkara boleh disubsidi kecuali pendidikan dan kesihatan seperti yang dilaksanakan di Malaysia,'' ujarnya.
Ditanya tentang kenaikan harga barangan dalam pasaran yang melampau di negara ini, Dr. Mahani berpendapat, ia berlaku akibat ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku ekoran peningkatan mendadak penduduk dunia yang tidak setara dengan pengeluaran makanan.

Masalah itu begitu ketara disebabkan pengeluaran barangan makanan tertentu begitu terhad di Malaysia dan perlu diimport dari negara-negara lain.
''Jadi, apabila ada masalah berlaku di negara-negara pengeluar, pengimport akan mengalami masalah bekalan.
''Masalah bekalan juga berlaku dalam penetapan kontrak jangka panjang antara pengimport dan pengeksport,'' katanya.
Berikutan itu, beliau berkata, masalah semasa yang berlaku ini boleh diatasi dengan membuat pelaburan makanan secara besar-besaran di dalam atau luar negara.
Tambahnya, kementerian tertentu juga perlu memastikan sistem agihan secara monopoli dikurangkan supaya kawalan bekalan dan harga dapat dipantau secara rapi.
Dalam aspek itu, Dr. Mahani berkata, masalah kenaikan harga barangan boleh dikawal dengan membanyakkan pasar raya besar kerana ia menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kedai runcit.


sumber: Utusan OL


apakah akan ada pelarasan subsidi lagi di sini? be prepared.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 09:11 AM | Show all posts
ambik kesempatan nampak? yang dr. mahani ni tak nampak ialah apabila barang makanan naik jadi mahal, rakyat mesir jadi marah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 09:55 AM | Show all posts
Yang pasti:
Utusan tak akan mempertikaikan subsidi terlampau kepada IPP (RM15.1billion),
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:16 AM | Show all posts
berita putar belit. takpe lah, rakyat skg bukan bodoh. kepala hotak lah terlebih subsidi rakyat leh mengamuk. cover line jer lah Otosan Meloya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:17 AM | Show all posts
Yang pasti:
Utusan tak akan mempertikaikan subsidi terlampau kepada IPP (RM15.1billion),
kertasputih Post at 8-2-2011 09:55

itu lain... insentif
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:27 AM | Show all posts
Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin tak faham2 lagi ka...kita memilih kerajaan, kerajaan kena kasi la subsidi pada rakyatnya..sebab tulah muka2 rakyatnya dah muka subsidi dah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2011 10:32 AM | Show all posts
Kat France bukan saje subsidi, tapi siap ada social welfare lagi, tak bangkrap pun, tak mundur pun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:34 AM | Show all posts
Yang pasti:
Utusan tak akan mempertikaikan subsidi terlampau kepada IPP (RM15.1billion),
kertasputih Post at 8-2-2011 09:55


Kalau takde IPP dan direct dari TNB, caj elektrik cuma 50% drpd skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 10:38 AM | Show all posts
Kat France bukan saje subsidi, tapi siap ada social welfare lagi, tak bangkrap pun, tak mundur pun.
alien7749 Post at 8-2-2011 10:32


tulah..tengok Malaysia...mana ada bangkrap...yg bangkrap Felda je..

Malaysia tengok..siap belanja lagi utk keluarkan rakyat Malaysia dari Mesir..kalau bangkrap macam felda tu...boleh bawa mereka keluar ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:39 AM | Show all posts
Kalau takde IPP dan direct dari TNB, caj elektrik cuma 50% drpd skrg.
alien7749 Post at 8-2-2011 10:34


Ye ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:43 AM | Show all posts
rakyat mesia dah biasa dpt subsidi, smpi dlm family sendiri pon nk minta subsidi....tak malu ke nak meminta2 kalau diri sendiri mampu lagi.....subsidi kan utk org yg benar2 tak mampu....:@
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:44 AM | Show all posts
Datuk Dr. Mahani Zainal Abidin tak faham2 lagi ka...kita memilih kerajaan, kerajaan kena kasi la sub ...
Anak_Nogori Post at 8-2-2011 10:27


kitorang suke duit rakyat ke hulu duit rakyat ke hilir
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:46 AM | Show all posts
kat UK tu penganggur pun dapat elaun bulanan uolss........
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:47 AM | Show all posts
pemimpin kalau terlalu lama di atas pun rakyat menyampah laaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:48 AM | Show all posts
apa2 ( bukan sabsidi sahaja)  pon kalau TERLAMPAU in nature mmg memudaratkan ... itu common sense
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:48 AM | Show all posts
pemimpin kalau terlalu lama di atas pun rakyat menyampah laaaa.....
willywonka Post at 8-2-2011 10:47



    hang kata kat nik aziz ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2011 10:51 AM | Show all posts
korang yang kaya tak payah subsidi laa....nie yg kaya laa yang bedal subsidi juga nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:51 AM | Show all posts
hang kata kat nik aziz ke?
evolutionary Post at 8-2-2011 10:48
nik aziz lain...dia sanggup hidup susah senang dengan rakyat dia, itu mubarak dan ben ali terlebih sudah kayanya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:53 AM | Show all posts
Kat France bukan saje subsidi, tapi siap ada social welfare lagi, tak bangkrap pun, tak mundur pun.
alien7749 Post at 8-2-2011 10:32



Jepon yg xdak minyak tu pon SUBSIDI keliling pinggang gak... Tak bangkrap pon?
Sweden apatah lagi...

Alahai humngok
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2011 10:54 AM | Show all posts
kat UK tu penganggur pun dapat elaun bulanan uolss........
devilito Post at 8-2-2011 10:46



Brunei pon sama uolsssss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.433323 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list