CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2156|Reply: 0

Ayuh bantu saudara Islam kita pertahankan tanah mereka!

[Copy link]
Post time 3-11-2023 07:04 AM | Show all posts |Read mode
Ayuh bantu saudara Islam kita pertahankan tanah mereka!

RAKYAT Malaysia menunjukkan solidariti ke atas rakyat Palestin. FOTO Ahmad Ukasyah


Kelak akan tiba masanya seisi dunia serta alam ini akan menuju 'tarikh luput' dan kita semua akan dibangkitkan, dipersoalkan mengenai masa yang kita bazirkan, masa yang kita semua luangkan adakah untuk kebajikan atau sebaliknya.

Menekuni isu terkini khususnya peperangan yang melanda Palestin dan rejim Israel, sangat menyentuh hati, perasaan kita umpama 'disiat-siat' apabila melihat kanak-kanak khususnya, menangis kesakitan, ramai yang terkorban akibat tindakan tidak berprikemanusiaan oleh tentera haram rejim Zionis.

Ramai yang menyatakan bahawa peperangan yang sedang berlaku ini adalah sebahagian daripada tanda-tanda kiamat seperti yang dinyatakan dalam hadis.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga kalian memerangi orang Yahudi, sehingga akan berkata batu yang dibelakangnya ada orang Yahudi; Hai Muslim, Ini Yahudi dibelakangku, bunuhlah dia." (Hadis Riwayat Bukhari, No 2709).

Ulama berpandangan bahawa ini adalah hadis umum yang tidak menunjukkan peperangan di Palestin saja yang menentang Yahudi dan kita juga tidak boleh menentukan sama ada peperangan kali ini adalah maksud hadis itu.

Jika menekuni ilmu akhir zaman ini, kita tidak boleh secara muktamad menyatakan bahawa apa yang berlaku di sesuatu tempat itu adalah petanda kiamat kerana kita sendiri tidak pasti, mungkin ada peperangan lain atau peristiwa lain pada masa depan.

Konflik yang melanda di Palestin khususnya penduduk Gaza pada ketika ini bukan isu baharu, malah sudah berdekad lamanya penindasan saudara Islam kita dilakukan rejim Zionis.

Paling menyedihkan apabila ada negara Islam lain yang seolah-olah tidak begitu mempedulikan nasib rakyat Palestin, malah mereka lebih senang melaksanakan normalisasi dengan negara Israel biarpun atas segala maksud perdagangan dan sebagainya.

Tanah Palestin ini menjadi rebutan sejak zaman-berzaman lagi sehingga kepada dunia moden yang memperlihatkan penduduk Palestin tetap mempertahankan tanah mereka daripada penguasaan penuh rejim Zionis.

Seharusnya umat Islam perlu bersatu padu duduk di belakang penduduk Palestin serta menyokong mereka dalam mempertahankan hak yang sentiasa dicabuli rejim Israel.

Penerapan mengenai sejarah Palestin juga perlu diajar di sekolah supaya sejarah yang sebenarnya dapat disampaikan tanpa memberi perspektif yang salah.

Kita sebagai umat Islam seharusnya terus mendoakan kesejahteraan saudara Islam kita di Palestin dan Insya-Allah, kemenangan akan menjadi milik rakyat Palestin kelak.

Konflik yang berlaku di Palestin bukan hanya menjadi dugaan untuk mereka, sebaliknya dugaan besar untuk kita semua mengenai apa yang mampu kita lakukan untuk membantu saudara Islam kita di sana.

Persoalan itu pastinya akan dipertanggungjawabkan apabila semua dihadapkan di Mahsyar kelak. Wallahualam.

Penulis Wartawan Harian Metro

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... hankan-tanah-mereka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053763 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list