CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4428|Reply: 0

The City Boys sedia cipta kejutan di Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 4-11-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
The City Boys sedia cipta kejutan di Kuala Terengganu


SKUAD KL City giat menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Terengganu pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.


PASUKAN Kuala Lumpur City (KL City) memasang impian besar untuk cipta kejutan mara ke pentas final Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun selepas bergelar juara pada edisi 2021.

Namun, skuad Warga Kota dijangka berdepan cabaran getir apabila ketinggalan agregat 1-2 selepas tewas kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Kuala Lumpur minggu lalu.

Selain itu, motivasi barisan pemain KL City juga tidak berada pada tahap terbaik apabila dimaklumkan tidak menerima bayaran gaji hampir dua bulan sejak September lepas.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad mengakui selaku pemilik kelab pihaknya meletakkan harapan tinggi untuk skuad kendalian Nenad Bacina itu mara ke final Piala Malaysia musim ini.

“Barisan pemain telah menjanjikan bahawa mereka akan memberi yang terbaik pada pada aksi separuh akhir kedua di Terengganu esok (malam ini). Sudah tentu harapan kami adalah untuk mara ke final.

“Kalau boleh, kita mahu menentang JDT, sekali gus membalas dendam atas kekalahan final Piala FA yang lepas. Ini juga bagi mengulangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

“Saya harap pemain kekal bermotivasi dan tidak terjejas dengan berita negatif melibatkan pasukan ketika ini,” kata­nya ketika ditemui pada sidang akhbar di Stadium Kuala Lumpur semalam.

Mengulas mengenai tunggakan gaji, Khalid mengakui ada sedikit kelewatan pembayaran pada gaji September dengan tarikh akhir adalah ada 7 November ini.

“Buat masa ini, gaji bulan September sahaja yang tertunggak dan pihak pengurusan berusaha untuk membayar sebelum tarikh akhir pada 7 November ini. Apa yang didakwa dengan pemain tidak me­nerima gaji selama empat bulan adalah tidak benar,” katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-kuala-terengganu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047559 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list