CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5218|Reply: 0

5 manfaat safron, rempah termahal dunia kepada kesihatan

  [Copy link]
Post time 4-11-2023 03:28 PM | Show all posts |Read mode


DALAM banyak-banyak rempah, rempah apakah yang paling mahal di dunia?

Jawapannya ialah safron. Bagi 1 gram, harga yang dijual di Malaysia ialah RM25. Mahal, bukan? Tetapi, ada sebabnya mengapa ia dijual pada harga yang mahal.

Bagi mendapatkan 1kg safron, sebanyak 120,000 kuntum bunga safron perlu dikumpulkan. Proses menuainya juga sangat rumit dan memerlukan tenaga kerja yang banyak dan lama. Untuk mendapatkan hasil safron yang berkualiti, pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya 40 jam.

Meskipun asal usul safron masih menjadi tanda tanya, ada kemungkinan ia berasal daripada Iran. Di Iran, safron ditanam dan dituai bagi tujuan perubatan.

Justeru itu, Relevan senaraikan lima khasiat safron.

1- Agen antioksida yang luar biasa

Safron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang mengagumkan. Ia bertindak sebagai antioksidan iaitu molekul yang melindungi sel anda daripada radikal bebas dan tekanan oksidatif.

Antara agen antioksida dalam safron ialah crocin dan crocetin. Kehadiran kedua-dua agen ini yang membuatkan safron berwarna merah. Selain itu, crocin dan crocetin juga melindungi sel-sel otak daripada kerosakan progresif.

2- Boleh merawat gejala kemurungan

Saffron digelar sebagai the sunshine spice. Ini bukan sahaja disebabkan oleh warnanya yang berbeza tetapi juga kerana ia boleh membantu meningkatkan mood anda.

Dalam tinjauan lima kajian, suplemen safron jauh lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hingga sederhana.

Kajian lain mendapati bahawa mengambil 30mg safron setiap hari adalah sama berkesan dengan Fluoxetine, Imipramine, dan Citalopram iaitu ubat-ubatan konvensional untuk kemurungan.

3- Mungkin mempunyai sifat melawan kanser

Safron tinggi dengan antioksidan, yang membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya. Kerosakan radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser.

Dalam kajian tabung uji, safron dan sebatiannya telah ditunjukkan secara selektif membunuh sel-sel kanser kolon atau menyekat pertumbuhannya sambil meninggalkan sel-sel yang sihat tanpa kecederaan.

Ia juga berkesan bagi melawan beberapa jenis kanser seperti kanser kulit, sumsum tulang, prostat, paru-paru, payudara, serviks dan beberapa sel kanser lain.

Walaupun penemuan daripada kajian tabung uji ini kedengaran menjanjikan, kesan antikanser safron kurang dikaji pada manusia dan lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum ia dijamin berkesan untuk melawan kanser.

4- Boleh mengurangkan simptom PMS

Sindrom Prahaid (PMS) ialah istilah yang menggambarkan gejala fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku sebelum permulaan haid.

Kajian menunjukkan bahawa safron boleh membantu merawat gejala PMS.

Untuk wanita berumur lingkungan 20-45 tahun, pengambilan 30mg safron setiap hari adalah lebih berkesan daripada rawatan plasebo dalam merawat gejala PMS, seperti kerengsaan, sakit kepala dan sebagainya.

Satu lagi kajian mendapati bahawa hanya menghidu safron selama 20 minit membantu mengurangkan gejala PMS seperti kebimbangan dan menurunkan tahap hormon stres kortisol.

5- Mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan

Pengambilan snek tidak sihat dalam jumlah yang banyak adalah tabiat yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah. Menurut penyelidikan, safron boleh membantu mengekang selera makan anda.

Dalam satu kajian selama lapan minggu, wanita yang mengambil suplemen safron berasa lebih kenyang, kurang makan snek dan kehilangan berat badan dengan ketara berbanding wanita dalam kumpulan rawatan plasebo.

Dalam kajian selama lapan minggu lagi, pengambilan suplemen ekstrak kunyit membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim badan, lilitan pinggang dan jumlah jisim lemak dengan ketara.

Walau bagaimanapun, saintis tidak pasti bagaimana safron menyekat selera makan dan membantu penurunan berat badan. Satu teori ialah safron meningkatkan mood, seterusnya mengurangkan keinginan anda untuk memakan snek. – RELEVAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.171085 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list