View: 1625|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
'Usah cemuh, mereka hanya mencari rezeki'
[Copy link]
|
|
McDONALD’S Malaysia meraikan anak yatim dalam usaha mempergiatkan kerja khidmat komuniti.
Kuala Lumpur: Dilabel sebagai pendukung Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan serta cacian masyarakat.
Itu nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald's Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan yang antara lain mendakwa bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia Datuk Azmir Jaafar berkata, pekerja restoran makanan segera itu menghadapi tekanan mental yang teruk susulan konflik yang tercetus antara Palestin dan Israel sejak awal Oktober lalu.
"Antara aduan yang kami terima adalah ada dalam kalangan pekerja kami yang diganggu seperti memanggil dengan perkataan 'Yahudi' dan pelbagai cemuhan.
"Pekerja kami ini ada yang menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan MRT, apabila ada orang nampak mereka pakai baju dengan logo 'M' McDonald's itu mereka cemuh pekerja kita," katanya.
Azmir yang sudah bekerja dengan jenama restoran itu sejak 32 tahun lalu berkata, situasi berkenaan bukan kali pertama kerana setiap kali ada konflik membabitkan Palestin dan Israel, pastinya jenama itu akan dibabitkan sekali dalam boikot.
"Kita perlu faham pekerja ini ada keluarga, ada anak, ada isteri dan ada komitmen yang perlu mereka bayar setiap bulan.
"Saya sudah terangkan bahawa kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan konflik berkenaan, kita tidak menyalurkan sebarang dana, malah sebagai entiti perniagaan, kita bersifat bebas tanpa mengambil pendirian.
"Susulan daripada pelbagai cemuhan yang diterima oleh pekerja, McDonald's ada menyediakan kaunseling untuk pekerja," katanya.
McDONALD’S Malaysia meraikan hari jadi anak-anak yatim pada Program Titipan Kasih Harian Metro Bersama McDonald’s.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak begitu mendesak pekerja untuk memenuhi jam bekerja sehingga lapan jam setiap hari, sebaliknya enam jam sudah memadai susulan daripada kempen boikot ini.
Menurutnya, pihaknya mengakui bahawa kempen boikot itu memberikan kesan kepada perniagaan dan paling utama adalah kesan kepada pekerjanya.
"Siapa yang paling menderita apabila situasi sebegini berlaku? Pekerja yang menerima akibatnya. Sejujurnya tujuan saya di sini untuk melindungi pekerja kami.
"Kami ada lebih 21,000 orang bekerja dengan McDonald's. Mereka ada komitmen, sewa rumah untuk dibayar, orang tua untuk dijaga dan sebagainya. Mereka semua adalah rakyat Malaysia," katanya dalam satu sidang media yang diadakan, baru-baru ini.
Selain itu, Azmir juga menjawab persoalan mengenai bayaran royalti oleh syarikat itu kepada McDonald's Corporation yang dikatakan menyumbang kepada penindasan rakyat Palestin.
Hakikatnya, ia dibuat bagi memberikan hak kepada Gerbang Alaf Sdn Bhd menggunakan jenama serta sistem McDonald's sebagai salah satu perniagaan francais di bawah McDonald's Corporation.
Ia membolehkan pelanggan mendapat pengalaman yang sama apabila mengunjungi mana-mana restoran McDonald's di Malaysia mahupun negara lain.
Malah, McDonald's Malaysia turut mendukung inisiatif kerajaan dengan menyumbang sebanyak RM1 juta ke tabung Dana Kemanusiaan Palestin.
Sementara itu, Pengurus Besar & Developmental Licensee, Reza Food Services Co Ltd Abdurlrahman Alireza berkata, McDonald's Malaysia sudah beroperasi di negara ini lebih 42 tahun dan setiap tahun melaburkan RM600 juta hingga RM700 juta untuk membeli barangan keperluan seperti ayam dan sebagainya.
"Pada masa sama, kami terus mempergiatkan kerja khidmat komuniti kami dengan membantu anak miskin, anak yatim, menyumbang kepada barisan hadapan, masjid ketika solat Jumaat dan sebagainya kerana kami tahu komuniti adalah kekuatan kami," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anya-mencari-rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|