CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1609|Reply: 0

Kemenangan lonjak moral Manchester United

[Copy link]
Post time 6-11-2023 11:08 AM | Show all posts |Read mode

FERNANDES meraikan jaringan bersama rakan-rakan sepasukan ketika membantu United menewaskan Fulham 1-0 di Craven Cottage kelmarin. – AFP

LONDON – Kemenangan 1-0 ke atas Fulham, kelmarin sudah cukup buat pengurus Manchester United, Erik ten Hag membuktikan sokongan pemain terhadap dirinya.

Rentetan itu, pengurus dari Belanda itu menjelaskan beliau tidak begitu terdesak untuk mencari bukti lain dan kejayaan ini cukup penting buat Red Devils keluar daripada episod sukar selepas alami dua kekalahan berturut-turut.

“Saya tahu semua itu (sokongan) dan kita boleh lihatnya pada perlawanan ini. Suasana dalam bilik persalinan juga cukup bagus dan semua pemain sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat masing-masing.

“Mereka perlu menang setiap perlawanan dan sikap seperti ini yang kami perlukan apabila menyarung jesi kelab ini,” katanya.

Pada perlawanan itu, ketua pasukan, Bruno Fernandes yang sering mendapat kritikan segera menutup mulut pengkritiknya apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan babak kedua.

Khamis ini United bakal harungi aksi Liga Juara-Juara bertemu Copenhagen sebelum meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris dengan melayan kunjungan Luton Town di Old Trafford.

“Ia adalah persembahan yang baik dan saya gembira menyaksikan semangat pasukan. Fulham bermain dengan cukup baik dan jelas kami mencipta banyak peluang namun memerlukan ketenangan untuk lakukan sentuhan akhir.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -manchester-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.470469 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list