CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4884|Reply: 75

Dunia bakal kekurangan gula

[Copy link]
Post time 10-2-2011 07:50 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 9 Feb. - Krisis bekalan makanan terus berlarutan dengan isu terbaharu dunia dijangka mengalami kekurangan gula.

AmResearch dalam nota penyelidikannya berkata, kemelut itu berlaku apabila Australia yang merupakan pengeksport gula ketiga terbesar dunia akan mengurangkan bekalannya pada tahun ini selepas dilanda Taufan Yasi.
Brazil dan Thailand masing-masing merupakan pengeluar utama dan kedua gula di dunia.
Katanya, bencana alam itu akan menyebabkan Australia mengurangkan 50 peratus pengeluaran.
''Taufan itu melanda bahagian selatan Queensland, lokasi pengeluaran gula pada minggu lalu. Pusat pengeluaran gula besar-besaran milik Queensland Sugar Ltd. ini mengeluarkan 90 peratus eksport gula.
''Kumpulan Canegrowers mengunjurkan sehingga 50 peratus hasil gula telah musnah, iaitu 800,000 tan atau 30 peratus daripada eksport pada 2010,'' katanya dalam nota penyelidikan itu.
Firma penyelidikan itu menjangkakan bencana tersebut akan mengakibatkan kenaikan harga komoditi tersebut.
Katanya, kenaikan harga gula mentah baru-baru ini disebabkan oleh ketidakseimbangan permintaan dan penawaran - akibat keadaan cuaca dan permintaan tinggi bagi gula.
Gula mentah kini didagangkan pada harga AS$32.50 (RM98.80) setiap paun pada ICE Futures New York, naik 12 peratus sejak Oktober 2010.

Pada November tahun lalu, Organisasi Gula Antarabangsa (ISO) mengunjurkan lebihan gula dunia berkurangan daripada 2.7 juta tan kepada 1.3 juta tan, selepas kemarau di Brazil, banjir besar di Pakistan dan hujan di India.
Bagaimanapun, AmResearch berpendapat kenaikan harga gula dunia itu tidak memberi impak besar dalam industri minuman dan makanan di Malaysia kerana setiap pemain industri mempunyai pandangan berbeza mengenainya.
Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah mengurangkan pemberian subsidi gula sebanyak 11 peratus atau kenaikan sebanyak 20 sen sekilogram.
Di negara ini, harga gula ialah RM2.10 sekilogram, 70 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

sumber: utusan OL

komen: be prepared utk kekurangan gula di pasaran cam minyak masak dan kenaikan harga (70-80% bawah rege pasaran tu...)

jeng jeng jeng....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 07:54 AM | Show all posts
Tak pe...Gula-gula pilihanraya tak lama lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:00 AM | Show all posts
aku ske minum air masak,
boleh mati x kalau x de gula?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:04 AM | Show all posts
maksudnya, kalau gula tak naik harga, kerajaan akan menanggung kerugian yang besar dan duit tersebut sepatutnya boleh dimanfaatkan oleh rakyat seperti menambahbaik pengangkutan urban, lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2011 08:05 AM | Show all posts
aku ske minum air masak,
boleh mati x kalau x de gula?
ejans Post at 10-2-2011 08:00



ye..bole mati kalu tak de gula.... kita perlukan sejumlah gula dalam badan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:06 AM | Show all posts
craven, ni hint utk naik harga gula ye?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-2-2011 08:06 AM | Show all posts
maksudnya, kalau gula tak naik harga, kerajaan akan menanggung kerugian yang besar dan duit tersebut ...
alien7749 Post at 10-2-2011 08:04



atau bole guna untuk shopping?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:07 AM | Show all posts
Gula ada kategori RON tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 08:08 AM | Show all posts
xpe, xyah minum gula
klu nak sgt kurangkan dr yg biasa
dulu masa aku keje kampeni jepun, rilek jer aku tgk jepun2 tu minum kopi, nescafe dgn teh xde gula/susu/krimer
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:08 AM | Show all posts
betul la tue...

dekat tempat aku... harga gula dah naik melambung dek kerana cyclone yasi

pisang saja 7 dollars sekilo

queensland ni banyak kawasan tanaman....

tebu, banana, pineapple segalanya datang dari queensland

sebab queensland teruk.. harga barang di australia semua naik...
kalau dekat australia pun naik 3-4 kali ganda

apatah lagi barangan yang dia gi eksport ke malaysia plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:11 AM | Show all posts
Kerajaan patut dah lama 'hak milik'kan barang keperluan asas seperti gula, beras, petrol, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:13 AM | Show all posts
bagus......kurang sket obesiti
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:13 AM | Show all posts
kena intai kat gudang kedaimana tahu kut ada yang sorok gula....


dengar criter dari Tokey kedai kejap lagi ada KRISIS tepong pulak
dah penuh stor ngan kotak tepong lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:14 AM | Show all posts
Minyak masak pun still kurang lagi ni. apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:15 AM | Show all posts
wpon aku xde la guna gula banyak pon

sehari pon blom tentu aku aku amik pure sugar, tapi keisan la jugak kat peniaga2 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:21 AM | Show all posts
wpon aku xde la guna gula banyak pon

sehari pon blom tentu aku aku amik pure sugar, tapi keisan l ...
iza_yuss Post at 10-2-2011 08:15

peniaga klau tak naik harga still bleh untung cuma untung makin la kot.... aku dgr untung jual air minuman lebih dr 100%... klau slg tlg btulkn....klau kat kg mmg peniaga tak berani naik harga sesuka hati..... mmg takde org nak p la..... klau kat kl karipap rm1 sebijik pun org tetap beli....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2011 08:22 AM | Show all posts
mentaliti subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:40 AM | Show all posts
aku ske minum air masak,
boleh mati x kalau x de gula?
ejans Post at 10-2-2011 08:00


well dear...


boleh senaraikan tak

bahan makanan apa yg anda makan dalam sehari ?

hehehe boleh tolong klasifikasikan tak mana yang bergula mana yg tidak?

hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:40 AM | Show all posts
ada can tokey gula naikkan rege..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2011 08:40 AM | Show all posts
Thailand antara pembekal gula utama dunia ker..? Apasal gula kat sana mahal sampai pekerja2 aku yg org Thailand tiap kali balik bawak gula berkilo2 sebab kat sini murah katanya. Dia kata minyak masak kat sana pon dah RM6.50 sekilo, dulu RM4.50 jer... mahalnya..... walaupon minyak tu diseludup dari malaysia. Selain gula dan minyak masak.....susu pekat pon depa selalu wat balik jugak... kat sana mahal katanya....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-7-2026 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.532211 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list