Minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis.
Memetik perkongsian KKM di Facebook, gas karbon dioksida juga dimasukkan ke dalam minuman berkarbonat untuk menjadikannya ‘bergas’ dan meningkatkan kelazatannya.
Oleh itu, orang ramai hendaklah mengehadkan minuman berkarbonat dalam menu harian bagi mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan agar kekal sihat.
|