CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 0

Mike juara dunia kali keenam

[Copy link]
Post time 11-11-2023 01:05 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah membuktikan sekali lagi keunggulannya apabila muncul juara pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Korea Selatan, semalam. – Foto Instagram Mike Mahen

KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara, Datuk Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menambah koleksi gelaran dunia kali keenam pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan semalam.

Kejayaan itu secara tidak langsung membolehkan Syarul atau lebih dikenali sebagai Mike mempertahankan gelaran yang diraihnya tahun lalu di Phuket, Thailand selepas turut memastikan lagu Negaraku berkumandang pada tahun 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2022.

Selain itu, kejayaan merangkul pingat emas dunia dalam acara 'athletic physique' 167sm itu hadir selepas Syarul meraih gelaran Asia pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik di Kathmandu, Nepal, September lalu.

Gelaran Asia itu juga adalah yang keenam buat dirinya selepas 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019 dengan penyertaan tahun lalu hanya berpuas hati di tempat ketiga.



"Alhamdulillah, saya dapat kekalkan kejuaraan buat kali keenam di pentas dunia selepas dua bulan lalu (gelaran) di kejohanan Asia. Sudah tentu saya gembira dan berharap kejayaan ini menjadi motivasi kepada atlet remaja kita," kata Mike yang masih bertenaga meskipun sudah menjangkau usia 50 tahun.

"Dengan usia saya, saya boleh lakukan (merebut gelaran) di kejohanan dunia, jadi bagi saya pastinya atlet pelapis yang ada juga mampu melakukannya. Ini satu semangat yang saya nak berikan kepada mereka."

Musim 2023 menyaksikan satu tahun yang cemerlang buat Syarul selepas turut meraih beberapa pengiktirafan antaranya dikurniakan Pingat Panglima Mahkota Wilayah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, Syarul juga dinobat sebagai Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2022 selain turut dicalonkan sebagai Olahragawan Anugerah Sukan Kebangsaan 2022.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-dunia-kali-keenam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.135715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list