CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 0

[Politik] Kerajaan Perpaduan belum sejiwa

[Copy link]
Post time 13-11-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
LAGI 10 hari akan genap setahun tertubuhnya Kerajaan Perpaduan hasil gabungan PH, BN, GPS dan beberapa parti lagi selepas PRU15 yang lalu.

Barisan menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan ini menggabungkan wakil-wakil daripada kesemua parti yang membentuk kerjasama berkenaan.

Namun apa yang dilihat selepas hampir setahun bersama, ada yang menunjukkan prestasi yang amat baik dan ada yang biasa-biasa sahaja.

Selain itu, ada yang melihat keserasian antara mereka masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Sikap mendukung orang parti sendiri dalam pentadbiran kerajaan dilihat masing menebal.

Contohnya, bila kementerian atau menteri yang diwakili oleh pemimpin UMNO ‘diserang’ oleh pembangkang ataupun pengikut, hanya orang UMNO sahaja yang bangkit mempertahankan menteri mereka, sedangkan orang parti lain dalam Kerajaan Perpaduan hanya ambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Begitu juga sebaliknya.

Sebab itulah kalau kita lihat, dalam keadaan Kerajaan Perpaduan dihentam, difitnah ataupun diserang, tiada satu serangan balas bersepadu daripada pemimpin mahupun penyokong PH-BN mempertahankan Kerajaan Perpaduan.

Hanya mereka yang diserang berdasarkan isu-isu tertentu sahaja (menteri PH atau BN) yang terkapai-kapai mempertahankan diri atau membuat ‘counter attack’ sedangkan pemimpin mahupun penyokong parti tak berkaitan hanya berdiam diri.

Masalah sama juga bila PMX diserang, difitnah dan diperlekehkan di Parlimen, media sosial mahupun portal berita, pasukan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tak bersatu hati untuk menangkis semua itu.

Senario ini amat berbeza kalau kita lihat sejarah kerajaan yang mentadbir negara sebelum ini.

Contohnya, ketika BN jadi kerajaan, jika ada sesuatu isu yang dijadikan bahan hentaman oleh pembangkang terhadap kerajaan, majoriti kepimpinan BN dan penyokong mereka secara berjemaah mempertahankan kerajaan.

Sebab itulah boleh dikatakan pemimpin atau penyokong parti-parti yang bekerjasama ini belum diresapi jiwa mahupun roh Kerajaan Perpaduan.

Sikap keakuan dan kepartian masing-masing masih menebal atau mereka masih berhati-hati dalam kerjasama politik julung kali ini.

Jadi dalam tempoh untuk berdepan PRU16 yang masih panjang, pucuk pimpinan utama parti perlu lakukan sesuatu untuk pastikan gabungan ini seiring, sehati dan sejiwa.


https://www.sinarharian.com.my/article/634254/suara-sinar/lidah-pengarang/kerajaan-perpaduan-belum-sejiwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049817 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list