CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1485|Reply: 8

[Politik] Tun Mahathir mengaku beliau dan DAP menggunakan satu sama lain untuk menjatuhkan Najib

  [Copy link]
Post time 13-11-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dr Mahathir Mohamad dalam audio siar Keluar Sekejap, berkata musuh kepada musuh adalah kawan. (Gambar hiasan)

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata hubungan dan kerjasama terjalin antaranya dulu dengan DAP atas matlamat sama bagi menjatuhkan Najib Razak pada PRU14.

“Apabila kita berjuang, musuh kepada musuh adalah kawan. Kita nak DAP umpamanya untuk mendapatkan majoriti. Kalau saya tak guna DAP kita tidak akan dapat majoriti dan Najib akan terus jadi perdana menteri.

“Antara DAP dengan Najib, yang mana satu perlu kita singkirkan dan lawan? Dan saya sedar DAP juga guna saya sebab mereka turut mempunyai matlamat sama bagi menjatuhkan Najib,” katanya dalam audio siar Keluar Sekejap.

Beliau berkata demikian susulan bekas ketua penerangan Umno, Shahril Hamdan mempersoalkan pendiriannya tidak konsisten dalam menjalin hubungan antara DAP dan juga PAS.


“Kita kena tahu dalam keadaan ini perlu dibuat, kita perlu tukar. Suatu masa dahulu, saya perlukan DAP untuk menjatuhkan Najib. Sekarang ini jika tiada masalah dan saya dapati tiada pilihan lain selain kerjasama dengan PAS. Matlamat mereka pun sama.

“Pada tahap tertentu perlu kita pegang kepada ‘matlamat menghalalkan cara’. Memang kalau kita nak capai sesuatu, kalau kita terikat dengan ikatan lama kita tidak akan berjaya,” katanya.

Terdahulu, Mahathir mengasaskan Bersatu pada 2016 selepas keluar Umno dan kemudian menyertai Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP, dan Amanah.

Mahathir kemudian menjadi perdana menteri apabila gabungan itu berjaya mendapat kemenangan dalam PRU 2018.


Kini, Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir PAS atau dikenali sebagai “SG4”.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tu chuols semua.

So if chuols nak naik dalam kampeni or jabatan, bersedia jadik Zionist macam Tun Det yach.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
"It's lonely at the top."

-Tun Det-

(Ntah mana aku baca pasal ni. Har).
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 06:55 PM | Show all posts
Why today, Tun M is telling all these.
Nak jatuhkan Najib, Tun bersegongkokol dgn DAP.
Nak jatuhkan Anwar, sanggup join PAS.
Perjuangan Tun nampaknya bukan perjuangan demi rakyat ttpi semata2 nak jatuhkan seseorang.
Najib dah pun jatuh.  Anwar dlm proses dijatuhkan. Hebat Tun.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
open secret .  kann???

be like semorang dah tahu
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 07:51 PM | Show all posts
gigihnya kj nak jatuhkan dsai
segala mcm cara dia cuba
try again kj!
ujung2 semua terungkai bau busuk sang pencerita dan sang pembuka cerita
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
SEMUA ahli politik memang camtu pung....Cuma TUN berani ..'pecahkan rahsia ahli silap mata(politikus) tu semua jer'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 13-11-2023 06:55 PM
Why today, Tun M is telling all these.
Nak jatuhkan Najib, Tun bersegongkokol dgn DAP.
Nak jatuhkan  ...

Apa salahnya kalau yang dia jatuhkan adalah orang2 yg memberi mudarat kepada negara?

Najib mengamalkan rasuah.
Anwar mengamalkan budaya liwat dan juga rasuah.

Dua-dua tak bagus kepada negara, bangsa & agama.

Besar jasa Tun kepada kita semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2023 12:44 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 13-11-2023 08:16 PM
Apa salahnya kalau yang dia jatuhkan adalah orang2 yg memberi mudarat kepada negara?

Najib mengam ...

Siapa kata Tun salah berbuat demikian.  Aku haya cakap Tun hebat, hebat kerana dia telah menghukum pesalah sejak di dunia lagi, dimahkamah dunia.  At least akan akan ringan sikit dosa2 Najib dn Anwar di mahkamah akhirat nanti. Gitu kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.062958 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list