View: 3596|Reply: 9
|
[Politik]
'Mahathir sendiri raja kroni - Mana mungkin SPRM diarah siasat Umno' - Puad
[Copy link]
|
|
'Mahathir sendiri raja kroni - Mana mungkin SPRM diarah siasat Umno'
Diterbitkan: Nov 15, 2023 10:09 AM
Seorang pemimpin Umno menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sememangnya tidak mahu SPRM menyiasat politik wang dalam Umno kerana dirinya sendiri adalah "raja kroni dan nepotisme".
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata malah Dr Mahathir juga punca politik perniagaan bermula dalam Umno.
"Macam mana nak suruh SPRM siasat. Tun M sendiri raja kroni dan nepotisme. Dia 'bailout' syarikat perkapalan milik anaknya Mirzan masa kegawatan ekonomi.
"Dia bawa masuk Tun Daim (Zainuddin) dalam Umno. Bermulalah politik perniagaan dalam Umno. Para korporat makin minat merebut jawatan parti.
"Tun M tidak peduli semua itu hatta Umno haram. Asalkan dia, anak dan kroninya selamat. Sebab itu mana mungkin SPRM diarah untuk siasat," tulis Mohd Puad dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Untuk rekod, Dr Mahathir menjadi presiden Umno kira-kira 22 tahun, dari 1981 sehingga persaraannya pada 2003.
Terdahulu, dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan, Dr Mahathir berkata bukan menjadi tanggungjawabnya untuk memanggil SPRM menyiasat politik wang dalam Umno yang berlaku pada tahun 1990-an.
Jelas Dr Mahathir, pihak berkuasa tidak seharusnya menunggu arahan untuk bertindak, jika menyedari berlaku sebarang penyelewengan ataupun politik wang dalam Umno.
Tambahnya, dia tidak boleh dipersalahkan atas "budaya rasuah" yang menular dalam Umno sewaktu memimpin parti itu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berani mempersoal monster of puppet ittew, |
|
|
|
|
|
|
|
"Matlamat menghalalkan cara". 666 tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Calon hilang deposit tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali atok bedil nanti terdiam ko puad...atok dpt dia bedil,dia peduli pe.. Sultan selatan pun selamba dia bedil... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Ha dia raja kroni, raja rasuah. Sgt manipulative dan pandai atur strategi.
Dia pegang fail amno leader yg tak clean, nk dpt jwtn atau nk selamat, ikut ckp, kalau tidak, tanggung akibat.
Yg berani lwn pulak beberapa org spt musa itam, ghaffar baaba and anuwat terima kesan teruk. Jibby dulu pun dia try control tapi tak berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape atok x masuk penjara sbb rasuah? Ramai org cakap mcm2 kejahatannya tapi xde tindakan ke...power sgt ke atok ni walaupun dah xde kuasa? Najib, pmx boleh je dakwa diorg pun power gak ape |
|
|
|
|
|
|
|
Si Saka ni sejahat2 manusia rupanya..nyesal dulu2 dok sokong.maklumlah masa tu masih inesen tak tau apa2 psl politik |
|
|
|
|
|
|
| |
|