CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14469|Reply: 122

Nabila Huda tidak tuju pada Sophia Albarakbah, teguran jangan sondol suami orang dibuat secara umum

[Copy link]
Post time 15-11-2023 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ReginaGeorge at 15-11-2023 10:23 AM

SUMBER: UTUSAN ONLINE

PETALING JAYA: Pelakon, Nabila Huda, menegaskan nasihatnya agar pelakon muda tidak terjebak dengan hubungan terlarang ketika penggambaran adalah teguran umum dan tidak bermaksud menyinggung perasaan aktres, Sophia Albarakbah

Ujar Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, teguran itu dibuat kerana dia enggan industri hiburan dipandang buruk masyarakat.

“Saya tidak pernah ada isu dengan Sophia. Cuma kebetulan ketika itu isu berkenaan hangat dibincangkan. Sebagai pelakon senior, saya tegur kerana tidak mahu orang pandang buruk kepada industri kita.

“Kasihan pada mereka yang sejak muda berusaha keras untuk menjadi pelakon. Bila terjadi benda begini, senang-senang orang burukkan kita.

“Saya tidak berniat jahat, memberi nasihat secara profesional. Cuma harapnya teguran saya diterima. Orang kenal perangai saya yang tegas tapi tidak bermakna saya bermusuh dengan sesiapa,” katanya yang ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem Budak Flat, semalam.

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV, Anugerah Seri Angkasa 2022 itu juga terbuka jika bergandingan dengan Sophia dalam mana-mana naskhah.

“Kalau berlakon sekali, saya tidak kisah sebab kami tiada apa-apa masalah. Kami juga membintangi drama Lelaki Itu cuma tidak dipertemukan dalam satu babak. Jadi tidak bertembung.

“Kalau ada babak sekali pun tiada masalah, kerana teguran saya secara umum. Kalau nak jujur sebagai pelakon, jujurlah. Kalau nak pilih jalan itu (sondol lelaki orang) terpulanglah. Itu bukan urusan saya,” katanya.

Sebelum ini, Nabila mencuri tumpuan kerana menyelar pelakon wanita yang jatuh cinta dengan suami orang di set penggambaran. Menurutnya, perbuatan itu merosakkan karier seorang pelakon dan imej industri hiburan negara.

Rata-rata netizen mengaitkan komen tersebut dengan Sophia yang sebelum ini didedahkan Bella Astillah sebagai pelakon yang menaruh hati kepada suaminya, Aliff Aziz.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kasar ye ayat dia tp abil ada haters ke nak maki dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ReginaGeorge at 15-11-2023 10:54 AM

Punyalah iols pandang tinggi ke abil dolu. Sejak kes dia tag team ngan jongos, erm kensel.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya teguran professional.. hahaaahahaktuih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudungpink replied at 15-11-2023 10:51 AM
kasar ye ayat dia  tp abil ada haters ke nak maki dia

Takda haters kot. Dia pon takda kontrobersi. Cuma tak taulah, termakan sangat dengan sandiwara jenglotjongos.. setakat ni baru dua orang dia sindir khuens? Ex bf dia ngan peah… semuga peah dan abis berbff…
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi kalau baca ayat dia 'new actor', 'berlakon sekali dgn alif' memang tuju kat peah la. macam mana dia boleh corner cakap teguran umum
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-11-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cawanmilosuam replied at 15-11-2023 10:56 AM
katanya teguran professional.. hahaaahahaktuih

Siap melacurkan OKT, propesonal apooo ye dak huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 15-11-2023 10:58 AM
tapi kalau baca ayat dia 'new actor', 'berlakon sekali dgn alif' memang tuju kat peah la. macam mana ...

Taktau sejak bila abil ni pandai twist… tak lama lagi menopause kot. Hormon tak balance. Dulu dia jaga hal dia. Entah mcm mana tibeh boleh bertagteam ngan jenglot jongang tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah suka Nabila. Dia nampak rempit dan terpaling betul on every scene.  Tapi I salahkan bapak dia on that.

Apapun, Sophia ada bff dia sendiri, so Nabila is not a threat at all to her. Nabila and Sophia are in a different lead.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tang mana nye profesional ni kupu2 oii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumber gambar: XTRA_MY

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 15-11-2023 11:05 AM
Tak pernah suka Nabila. Dia nampak rempit dan terpaling betul on every scene.  Tapi I salahkan bapak ...

I tersuka dia sejak dia berlakon dlm pilem abam syamsul yusop..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 15-11-2023 10:58 AM
tapi kalau baca ayat dia 'new actor', 'berlakon sekali dgn alif' memang tuju kat peah la. macam mana ...

peah dah lama berlakon, cuma lambat popular....umo dia pong dah 3 series...dah bole kawin dah....
retis yg muda dari dia pun ramai yg dah kawin....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling senior??!
Mende da basi lak tu baru nk i to the scene
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi betul la apa yang ditegur jadi pelakon jangan menyundal nak cinlok je tak habis lama lama jadi macam tekya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
…Kalau nak nasihat pun, jangan terlalu lancang…kau ada anak perempuan…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 07:29 PM | Show all posts
no such thing mulut jahat hati baik... i mmg tak minat abil. terpaling dia terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Phewiiiiiiittttt
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 15-11-2023 07:07 PM
I tersuka dia sejak dia berlakon dlm pilem abam syamsul yusop..

bohsia jgn pilih jalan hitam uolss..iols pun tgk citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Abil ni kadang dia try hard nak tunjuk terpaling positif. Tapi dari ayat2 komen dia dan respon dia kita boleh nampak la macam mana lagi2 time masa dia kena covid dulu tu. Dia dah ok dengan Nisa ke belum ek?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.131711 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list