CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3193|Reply: 0

Chong Wei dah jangka Zii Jia tolak program RTG

[Copy link]
Post time 15-11-2023 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Chong Wei dah jangka Zii Jia tolak program RTG






ZII Jia enggan tandatangani LOC.



Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sudah dapat menjangka pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia tidak berminat menyertai program Road To Gold (RTG).

Bekas pemenang pingat perak Sukan Olimpik sebanyak tiga kali itu, berkata tindakan pihak Zii Jia yang 'mendiamkan diri' hingga hari terakhir bagi memberi maklum balas kepada RTG seolah-olah petanda bahawa pemain nombor ke-11 dunia tersebut tidak akan menandatangani persetujuan komitmen (LOC) di bawah program itu.

Sewaktu zamannya bergelar pemain hinggalah menggantung raket empat tahun lepas, Chong Wei berkata beliau tidak pernah lagi melihat mana-mana atlet kebangsaan menolak sebarang bentuk bantuan ditawarkan kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini.

"Saya tidak pernah dengar atlet tak sokong sebarang program sukan oleh kerajaan, saya percaya ini (Zii Jia) pertama kali. Ketika waktu saya dahulu, jika kerajaan mahu beri sokongan kita gembira dan terima apa yang mereka tawarkan.

"Sebelum ini ada pihak mengadu mengapa kerajaan tak mahu sokong atlet, namun bila ada usaha oleh kerajaan untuk jaga atlet ada pula yang menolaknya," katanya.

Sebagai ahli jawatankuasa RTG, Chong Wei berkata mereka tidak pernah meletakkan sebarang sekatan ke atas mana-mana atlet di bawah program tersebut memandangkan ia merupakan perkhidmatan tambahan bagi membantu atlet menyiapkan diri memburu emas sulung negara pada Sukan Olimpik 2024 di Paris serta edisi 2028 di Los Angeles.

Ditanya sama ada tindakan Zii Jia akan mengurangkan tekanannya sekali gus dapat bermain lebih baik di Paris 2024 nanti, pengurus pasukan badminton RTG itu sama sekali tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana situasi berkenaan sememangnya wujud bagi setiap atlet bertanding pada mana-mana kejohanan mahupun temasya sukan.

"Sekiranya Zii Jia tak masuk RTG pun rakyat tetap akan mengharapkan emas daripada beliau. Saya rasa takkan kurangkan tekanan," katanya.

Semalam, Jawatankuasa RTG dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan Zii Jia tidak terlibat dalam program tersebut dicapai bersama pasukan LZJ yang mewakili atlet berusia 25 tahun itu menerusi pertemuan secara dalam talian.

Menerusi pertemuan tersebut, Zii Jia diwakili jurulatihnya Wong Tat Meng serta Liew Daren dan pengurusnya Lee Zii Yi menerangkan pendirian diambil atlet itu untuk tidak menyertai program tersebut, selain tidak lagi memerlukan bantuan tambahan bakal dinikmatinya.

Walau bagaimanapun, pasukan LZJ telah memberi jaminan bahawa mereka akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan menjelang temasya sukan terbesar dunia itu tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada 31 Okt lepas berkata Zii Jia merupakan satu-satunya atlet yang belum menandatangani perjanjian itu dan diberikan tempoh 14 hari untuk melengkapkan komitmen berkenaan yang berakhir semalam.

Antara atlet yang berada dalam program RTG adalah jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, juara beregu lelaki dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan ratu terjun Datuk Pandelela Rinong.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-tolak-program-rtg

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.563298 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list