CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4278|Reply: 9

[Politik] ‘Apa lagi Tun M tak puas hati dengan Anwar’ - Kamil Munim

[Copy link]
Post time 16-11-2023 12:46 PM | Show all posts |Read mode
‘Apa lagi Tun M tak puas hati dengan Anwar’ - Kamil Munim
Sinar Harian
November 15, 2023 06:15 MYT


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim mempersoalkan apa lagi yang Dr Mahathir tidak berpuas hati dengan ketuanya, Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian


SHAH ALAM: “Apa lagi yang Tun tak puas hati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Apakah tak cukup derita puluhan tahun yang dialami oleh YAB PMX?”

Demikian soal Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim selepas Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar memiliki pendirian berbeza dan menjadi lebih buruk selepas menjadi Perdana Menteri.


“Sebaiknya Tun Dr Mahathir perlu 'move on' dan memberikan pandangan sebagai negarawan.

“Bukan lagi bangkit isu peribadi antara dirinya dan pemimpin negara yang dulunya diangkat oleh beliau juga,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, X pada Selasa.

Muhammad Kamil berkata, perkara yang lebih menjengkelkan apabila Dr Mahathir sendiri yang meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan tidak menepati janji untuk menyerahkannya kepada Anwar.

Dalam pada itu, beliau beranggapan bahawa komen yang dikeluarkan oleh Dr Mahathir itu terhadap Ahli Parlimen Tambun sebagai tanda kekesalan.

“Ini kerana tak manis jika nak diingatkan semula apa yang tangan Tun dah lakukan kepada pemimpin negara baik daripada Tunku, Tun Hussein, Tun Razak, Pak Lah hinggalah ke pemimpin negara hari ini.

“Tak ketinggalan kepada derita yang dialami oleh mantan pemimpin Pas yang telah meninggalkan kita.

“Mungkin Pas sekarang sudah lupa pesan mantan Presidennya, Datuk Fadzil Noor bahawa Dr Mahathir akan hidup lama untuk melihat kehancuran yang telah dia lakukan,” ujarnya.

Pada masa sama, Muhammad Kamil menjelaskan bahawa beliau tiada niat untuk menegur Dr Mahathir, namun hantaran itu dibuat sekadar meluahkan rasa pemimpin muda yang cuba belajar daripada pengalaman politik Malaysia.

Menurutnya, jika ada orang lebih tua menceceh hal-hal yang tidak sepatutnya, tiada ada guna lagi untuk meluruskan pandangannya.

“Begitulah halnya apabila seseorang sudah lanjut usia dan tanpa sedar menyuarakan rasa kesal dengan apa yang pernah dilakukannya dirinya.
“Kita iyakan sahaja dan maju kehadapan,” katanya. - Sinar Harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 12:59 PM | Show all posts
chedet dh nyanyukla,
ckp dgn org nyanyuk smpai kiamat pun tk abis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la kasi limelight kat saka tu. Kubu kuat dia sendiri pun halau dia jatoh merudum…
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg byk pun dosa atok dgn pmx ..dah nazak esok ntah2 kena minum air basuh kaki pmx dulu baru boleh kiok
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:11 PM | Show all posts
Ko pun lantikan politik je. Banyak bunyik plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss cuma nk ckp dl iolss pun X percaya kat atok.. terpedaya selama 25thn sudahnye disebabkan video call cikgu anak murid buat iolss tersedar btl kata2 atok... Dan iolss percaya ramai yg x akan percaya Kan atok sbb msh dlm lamunan sandiwara Pak Non...cuma jgn nanti disebabkan ketabsuban tergadai hak org melayu sudah...skt2 dia org kaut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Jambu baru ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 06:54 PM | Show all posts
haiii... panggil ntah sape2 bekap
nampak sangat sentap ye ngan KS episod atok

dude,
Your master has all power now to prove his greatness
Show us!

boleh tak jangan bitter ngan orangtua


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Oiiii penat dah aku tanya nape x sumbat je atok tu dlm penjara klau die jahat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I tunggu bukti 6 kotak nak dakwa atok...sampai skrg senyap..nmpk beno menipu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071512 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list