CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3950|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kertas siasatan kes curi babit pegawai, anggota IPD Selangor siap

[Copy link]
Post time 17-11-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Kertas siasatan kes curi babit pegawai, anggota IPD Selangor siap


November 17, 2023 @ 3:07pm



Gambar fail - Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan V Saravanan. - Foto NSTP/Mikail Ong



GEORGETOWN: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung tangkapan seorang pegawai dan enam anggota sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor berkaitan kes kecurian pelbagai barangan di rumah seorang lelaki di Air Itam, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superitendan V Saravanan berkata kertas siasatan itu telah dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Kita sudah melakukan siasatan (kes ini) dan telah serahkan kertas siasatan kepada IPK…IPK kemudian akan rujuk kes ini ke Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

"Kes ini diserahkan ke Bukit Aman terlebih dahulu kerana ia membabitkan pegawai dan anggota sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya," katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan seorang pegawai dan enam anggota polis yang bertugas di Selangor ditahan 10 November lalu bagi membantu siasatan kes curi di rumah seorang lelaki membabitkan kerugian lebih RM10,000.

Mereka semua yang berusia 31 hingga 55 tahun itu, ditahan selepas mangsa yang juga tukang paip berumur 40 tahun membuat laporan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin mengesahkan penahanan pegawai dan anggota polis itu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
- BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20667 Replies : 417
Gambaran Tahiyat Akhir
KurexGambaran Tahiyat Akhir
Views : 19087 Replies : 61
Jennifer Lopez kembali dengan 'This is me...now'
maklukpenggodaJennifer Lopez kembali dengan 'This
Views : 22414 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22119 Replies : 128
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25736 Replies : 8
Orang sindir saya bekas banduan tapi saya tidak tersinggung
mojarean_XOrang sindir saya bekas banduan tapi say
Views : 20332 Replies : 20
(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
akr(V21) ALL ABOUT ZAMANI & SLAM
Views : 26201 Replies : 350
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 11935 Replies : 19
[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan kekasih baru?
doubleA[Edisi pungpakkepung] Azri Iskandar dan
Views : 10467 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.522104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list