CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2890|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan dua wanita dipercayai jadi keldai akaun

[Copy link]
Post time 18-11-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BALIK PULAU: Polis menahan dua wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM27,000 Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal, berkata dua wanita berusia 24 dan 44 tahun itu ditahan di Balai Polis Bayan Lepas, di sini selepas mereka hadir bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita berusia 44 tahun itu menjadi keldai akaun sindiket penipuan membabitkan urusan pelaburan dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi telegram manakala wanita kedua pula berkaitan penipuan urusan pinjaman wang secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM6,000.

Ketika dihubungi Bernama hari ini beliau berkata, kedua-dua wanita itu direman bagi membantu siasatan, dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengenai kesalahan menipu.



Keldai akaun ialah individu yang menyerahkan kad ATM serta nombor pin kad itu kepada individu lain dan akaun itu pula digunakan bagi tujuan jenayah.

Sementara itu, Kamarul Rizal berkata, polis menyita empat motosikal mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di samping mengeluarkan 34 keping saman kerana pelbagai kesalahan trafik dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan sekitar Bayan Lepas awal pagi ini. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... i-jadi-keldai-akaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.136751 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list