CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16024|Reply: 0

[Pulau Pinang] Op Samseng Jalanan: Polis sita 16 motosikal, keluarkan 74 saman

[Copy link]
Post time 18-11-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Op Samseng Jalanan: Polis sita 16 motosikal, keluarkan 74 saman

18 November 2023   05:37pm









BUKIT MERTAJAM - Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya, di sini bermula malam tadi hingga awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asistan Komisioner Tan Cheng San berkata, operasi bermula jam 11 malam itu, dijalankan dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan yang menunggang motosikal sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain dan mengganggu ketenteraman awam.



"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah SPT telah menjalankan operasi itu dan selain menyita 16 buah motosikal dan mengeluarkan 74 keping saman, atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral iaitu samseng jalanan dan operasi secara giat akan diteruskan, bagi membendung kegiatan tersebut,” katanya pada Sabtu.



Sebelum itu, tular video di laman sosial sekumpulan penunggang motosikal dipercayai berlumba secara haram dengan turut bertaruh wang tunai sehingga ribuan ringgit kawasan BKE pada minggu lepas dan ia telah menimbulkan kegusaran orang ramai kerana bimbang berlaku kemalangan jalan raya.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengeluarkan 109 saman dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Lebuhraya Sultan Azlan Shah, dekat sini semalam.

Kenyataan itu memaklumkan Unit Operasi JPJ Pulau Pinang bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Timut Laut dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri telah menjalankan operasi itu bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

"JPJ telah mengeluarkan sebanyak 109 saman dan antara kesalahan ialah tiada lesen memandu, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan ( GDL ), Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tayar haus berlebihan dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan,” menurut kenyataan itu.


Dalam pada itu, JPJ turut menyita sebuah lori membawa muatan gelung besi yang dipandu seorang lelaki berusia 19 tahun, kerana memandu kenderaan perkhidmatan perdagangan di bawah umur.

"Pemeriksaan mendapati lelaki itu tidak mempunyai Lesen Vokasional Kenderaan Barangan (GDL) dan syarat untuk mendapatkannya mestilah berusia 21 tahun ke atas,” katanya. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.047512 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list