CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4905|Reply: 0

[Pulau Pinang] Trend denggi meningkat musim tengkujuh - Dr Zaliha

[Copy link]
Post time 19-11-2023 03:18 PM | Show all posts |Read mode

KKM menggesa rakyat di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko peningkatan kes demam denggi pada musim tengkujuh. - Foto hiasan

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa rakyat di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko peningkatan kes demam denggi pada musim tengkujuh.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata ketika ini pihaknya mendapati terdapat trend peningkatan penyakit bawaan nyamuk itu di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

"Ya, memang betul, akhir-akhir ini kita lihat dalam musim tengkujuh ini ada kawasan kawasan air bertakung dan sebagainya. Maka trend penyakit denggi juga meningkat jadi kita nasihat supaya rakyat, penduduk prihatin perkara ini dan lebih rajin menjaga persekitaran masing masing.

"Jika terdapat gejala tolonglah pergi mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.



Dr Zaliha menegaskan, paling penting ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak itu daripada terus meningkat terutamanya di kawasan terdapat air bertakung.

Katanya, kegagalan masyarakat mengambil langkah pencegahan sewajarnya dikhuatiri membawa akibat lebih buruk termasuk risiko kehilangan nyawa.

"Kalau langkah-langkah mencegah itu tidak diambil kita bimbang penyakit ini akan semakin meningkat dan yang paling kita risau ia penyakit yang boleh membawa kepada kematian," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, sebanyak 100,936 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 4 November lalu, berbanding 51,256 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Kes berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 49,674 kes iaitu 96.9 peratus dengan 78 kematian, berbanding 35 kematian bagi tempoh sama.

Terdahulu, Dr Zaliha berkata, aktiviti saringan kesihatan aspek penting dalam pelaksanaan Madani Afiat bertujuan mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis.

Beliau berkata, separuh atau 50 peratus pesakit tidak menyedari menghidap penyakit berkenaan dan pada tahap lebih serius ia dikhuatiri, boleh mengakibatkan komplikasi kerosakan organ-organ penting tubuh seperti buah pinggang, mata dan jantung.

"Pulau Pinang negeri ketujuh pelaksanaan Madani Afiat selepas Melaka, Perak, Johor, Terengganu, Kedah dan Selangor dengan program lawatan dari rumah ke rumah di enam negeri sebelum ini merekodkan sejumlah 2,701 penduduk berusia 18 tahun ke atas telah berjaya disaring.

"Seramai 978 individu dikesan menghidap darah tinggi, kencing manis (681) selain 674 individu dikesan berisiko tinggi mendapat darah tinggi dan 393 individu berisiko mendapat kencing manis.

"Kesemua individu yang dikesan berisiko telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjut dan ujian pengesahan di klinik kesihatan berhampiran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... tengkujuh-dr-zaliha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061397 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list