CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4607|Reply: 0

[Pulau Pinang] Zaliha janji bentang GEG di Parlimen sebelum 30 November ini

[Copy link]
Post time 19-11-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan komitmen akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau lebih dikenali sebagai Generasi Penamat (GEG) di Parlimen dalam tempoh terdekat.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau memberi jaminan bacaan kali kedua RUU berkenaan akan dibentangkan sebelum berakhirnya sidang Parlimen yang sedang berlangsung, tamat pada 30 November ini.

"Insya-Allah, saya bagi jaminan RUU itu akan kita bentangkan sebelum berakhirnya sesi Parlimen pada kali ini," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dr Zaliha ketika disoal berhubung kenyataan Pejabat Peguam Negara (AGC)yang memaklumkan Jabatan itu sudah memberi pandangan secara konsisten sejak 2022, bahawa peruntukan berkaitan GEG boleh dicabar di mahkamah, bagaimanapun enggan mengulas perkara berkenaan.



Semalam, Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, berkata peruntukan itu bercanggah dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia mewujudkan layanan undang-undang tidak sama rata antara seseorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan individu yang dilahirkan pada dan selepas tarikh sama.

AGC merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang disiarkan dalam portal badan pemerhati kesihatan, CodeBlue pada 14 November lalu yang turut disiarkan dan New Straits Times Khamis lalu.

Khairy mendakwa terdapat dua menteri Kabinet menyekat RUU yang bertujuan menjadikan rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas 2007 diharamkan untuk membeli atau mengambil produk nikotin.

Khairy melalui hantaran di Instagram turut meluahkan kekecewaan kerana Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan berkaitan larangan tembakau dan vape berdasarkan umur daripada RUU terbabit.


Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, menjawab pertanyaan media selepas majlis perasmian Program MADANI Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini. - NSTP/Siti Aminah Mohd Yusof

https://www.bharian.com.my/berit ... lum-30-november-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Masyarakat mudah tertipu dengan lelaki segak
maklukpenggodaMasyarakat mudah tertipu dengan lelaki s
Views : 20410 Replies : 141
Pedas Malaya vs Pedas Sarawak
YgBenarPedas Malaya vs Pedas Sarawak
Views : 25928 Replies : 13
Lelaki panas hati ibubapa bukan sahaja drop anak depan sekolah tapi layan kerenah anak dan beri segala motivasi sebabkan 'q' depan sekolah jadi panjang
YgBenarLelaki panas hati ibubapa bukan sahaja d
Views : 12977 Replies : 29
Pakcik berkopiah hidap sakit jantung mengaku tak salah tipu tanah rizab Melayu seluas 649.2 hektar
mojarean_XPakcik berkopiah hidap sakit jantung men
Views : 6827 Replies : 77
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 88360 Replies : 2831
All about Ben Amir : Benomena Vol3
NekNgahAll about Ben Amir : Benomena Vol3
Views : 98757 Replies : 1536
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 56098 Replies : 2803
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 20830 Replies : 421
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 22393 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065377 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list