CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4475|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tak semua orang faham'

[Copy link]
Post time 19-11-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode

SITI Nur Hidayah. Kiri gambar Siti Nur Hidayah ketika kecil. FOTO Ihsan Mohamad Fakhrullah Shahran

Bayan Lepas: Kasih Mohamad Fakhrullah Shahran terhadap adik bongsunya, Siti Nur Hidayah Shahran yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah pudar.

Buktinya, Mohamad Fakhrullah, 30, tetap mengambil berat kebajikan Siti Nur Hidayah, 20, yang menghidap sindrom autisme floppy (otot lemah dan lembik) walaupun sudah berumah tangga dan sibuk dengan komitmen dalam menguruskan perniagaan miliknya.

Kemesraan dua beradik itu dapat dilihat menerusi perkongsian video di akaun TikTok Mohamad Fakhrullah iaitu @Abang ChaQ yang gemar berkongsi rutin dengan adiknya itu.

"Setakat ini, perkongsian saya di TikTok disambut baik cuma ada juga segelintir tak senang kerana tengok saya ada ketikanya macam garang dengan adik. Ada satu video saya potong kuku adik di kedai makan pun orang persoal dan hakikatnya begitulah, tak semua orang faham.



"Ikutkan ada saja individu terdekat tak setuju saya kongsi video bersama adik dengan alasan ia mengaibkan tapi tak semua kerana keluarga termasuk isteri faham," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



KEMESRAAN Mohamad Fakhrullah melayan adik bongsunya, Siti Nur Hidayah. FOTO Ihsan Mohamad Fakhrullah Shahran

Menceritakan perihal Siti Nur Hidayah, Mohamad Fakhrullah berkata, adiknya itu dilahirkan dalam keadaan lembik akibat penyakitnya.

"Waktu hamilkan adik, emak pernah ditahan di wad hospital kerana ada darah tinggi dan asid uric dalam badan hingga bayi dalam kandungan yang berusia enam bulan tidak bergerak. Ditakdirkan, adik bertahan hingga lahir juga ke dunia cuma sampai usianya dua tahun, dia tak meniarap dan merangkak.

"Dalam erti kata lain, adik tak nampak macam kanak-kanak seusianya dan waktu umurnya dua tahun lebih nampak dia boleh bangun, duduk, bersila dan mengengsot. Tapi keluarga bawa adik jalani pemeriksaan sebelum doktor sahkan dia ada sindrom floppy," katanya.

Menurut Mohamad Fakhrullah, pelbagai ikhtiar dilakukan ibu dan bapanya bagi memastikan adiknya boleh bergerak.

Antaranya adalah dengan membawa Siti Nur Hidayah mandi air laut bagi membolehkannya kakinya terkapai supaya ototnya kuat.

"Cuma adik tak boleh bercakap kerana lelangitnya melengkung. Deria rasanya pula kurang terutama apabila makan pahit, manis dan masin tetapi ketika jamah makanan pedas dia akan minum air.

"Keadaan itu menyebabkan pencernaannya jadi bermasalah. Adik tidak memakai lampin pakai buang jadi setiap dua a atau tiga jam , kami akan bawa dia ke tandas untuk buang air kecil atau besar dengan bantuan ubat memandangkan dia susah untuk membuang (air besar)," katanya.

Katanya, dia sekeluarga juga kerap membawa Siti Nur Hidayah berjalan untuk melihat dunia luar.

"Bukan setakat bawa keluar malah kami okay saja bawa dia ke tempat tumpuan ramai termasuk kedai makan.

"Setakat ini tiada masalah kerana adik boleh berjalan dan kalau nak tahu, dia (adik) terlalu gemarkan lagu hindustan, P Ramlee dan Boney M," katanya.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... k-semua-orang-faham

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.064184 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list