CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19945|Reply: 65

T-Team FC (T-Team Titans) DIBUBARKAN 2017 (2007-2017)

[Copy link]
Post time 17-2-2011 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by HangPC2 at 21-11-2017 04:48 PM



Rentak T-Team masih sumbang



Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my






YUNUS (kanan) akan pastikan T-Team bangkit dalam usaha mengubah reputasi dalam liga.



APA sudah jadi dengan pasukan T-Team ?

Pasukan bertaraf kelab yang dicanang bakal menggegar pentas Liga Super itu dilihat seperti tidak berselera untuk menghadapi saingan musim ini.

Sekalipun ‘ menang ’ dalam kontroversi melibatkan pembelian tiga bekas pemain Kelantan, namun kelab dari Terengganu itu masih kempunan untuk memenangi sebarang perlawanan setakat ini.

Malah, reputasi skuad kendalian Yunus Alif itu juga semakin hari semakin tercalar selepas hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan untuk menduduki tangga kedua tercorot liga.

Persoalannya, adakah percaturan yang dibuat pengurusan tertinggi T-Team musim ini benar-benar tidak menjadi atau ada punca lain di sebalik prestasi memalukan itu ?

“ Kami tidak menghadapi sebarang masalah, tetapi mungkin faktor terlalu kerap beraksi di gelanggang lawan sehingga menyebabkan pemain keletihan menjadi punca kami gagal bermain dengan baik, ” jelas Yunus kepada Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Yunus tanpa mahu berselindung tetap mengakui bahawa psikologi para pemainnya ketika ini sangat terjejas.

Katanya, tewas tiga perlawanan berturut-turut dan seri 1-1 dengan Kedah pada perlawanan pertama lalu bukanlah satu rekod yang baik untuk difikirkan oleh setiap pemain.

“ Semua kena ingat bahawa kami belum lagi bermain di gelanggang sendiri (Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu) dalam empat perlawanan ini.

“ Jadi, ia sedikit memberi kesan kepada kecergasan pemain apabila kami perlu bertandang ke gelanggang lawan dalam tempoh masa yang singkat, ” katanya lagi.

Menurut Yunus lagi, apa yang difikirkannya ketika ini adalah mencari kemenangan pertama bagi menyuntik semangat baru di kalangan pemain-pemainnya.

Menambahkan lagi keyakinannya adalah berita kehadiran semula penjaga gol, Syamsuri Mustafa yang dijangka kembali mengisi posisi utama selepas tidak beraksi dalam empat perlawanan awal.

“ Saya tidak mahu mengulas mengenai prestasi satu-satu pemain walaupun saya akui pasukan ini memiliki ramai pemain berpengalaman.

“ Apa yang penting adalah kami perlu mencari kemenangan pertama yang mana ia akan menjadi titik kebangkitan kepada kami, ” ujarnya.

Sesuatu yang menarik, Yunus mahu menjadikan juara Piala Malaysia, Kelantan sebagai mangsa pertama kepada kebangkitan anak buahnya apabila dua pasukan itu bertemu pada aksi awal Piala FA esok.

“ Kalau ikutkan jadual, kami akan bermain di gelanggang sendiri menentang Kelantan Khamis ini dan saya harap kami mampu meraih kemenangan, ” jelas Yunus.

Awal musim ini, T-Team mencuri perhatian peminat apabila berjaya mengikat Indra Putra, Nor Farhan dan Azizi Matt Rose.



- Kosmo -




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2011 01:12 PM | Show all posts
come on tganu


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2011 02:45 AM | Show all posts
baru kalah lawan kelate,
gomo kelate gomo
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 11:19 AM | Show all posts
Belakang tu mcm stadium runtuh tuu...
Jaga-jaga......
wakakakakaka.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:03 PM | Show all posts
FA xdpt dah, kuatkn smgat, tganu.. klate pegi dlu..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2011 12:15 PM | Show all posts
kesian lak tteam kalah ngan kelantan malam tuh. sudden death
tak der nasib sungguh khan


go go kelantan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2011 12:20 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2011 05:32 PM | Show all posts
tahniah tteam, makin menunjukkan bisa
kalahkan kelantan dan selangor]
haahahahhahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2011 08:36 AM | Show all posts
T-Team makin marbeles skarang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2011 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2011 01:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 24-9-2011 15:32

Kerajaan negeri biayai rawatan Zuhairi



Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa@kosmo.com.my



KERAJAAN negeri Terengganu sedia menanggung kos perubatan dan rawatan susulan seorang bekas pemain skuad bola sepak Piala Presiden T-Team yang putus kesemua lima jari tangan kanannya akibat digilis mesin tebu di Marang, Terengganu dalam kejadian Ogos lalu.

Berita gembira itu disuarakan sendiri Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat yang memberi jaminan kebajikan Zuhari Ahmad, 21, tidak akan diabaikan sekalipun kontrak pemain itu bersama pasukan sudah berakhir.

Menurut Rozi yang juga pengurus pasukan T-Team, pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada syarikat insurans berhubung tuntutan yang sewajarnya boleh diterima Zuhairi akibat daripada kecederaan itu.

" Kita akan menanggung kos perubatan dan rawatan pemain ini sehingga dia pulih sepenuhnya, dan kita akan lihat tindakan selepas ini mengenai kecederaan kekal yang dialaminya, " kata Rozi ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Majlis Sukan Negeri (MSN) di Kuala Terengganu semalam.

Rozi juga menjelaskan, semua pemain dalam pasukan T-Team dan Piala Presiden T-Team memang dilindungi insurans termasuklah ketika menjalani latihan dan beraksi dalam mana-mana perlawanan.

Justeru, katanya, pihak keluarga Zuhairi perlu menunggu laporan daripada syarikat insurans untuk mengetahui sama ada pemain itu layak atau tidak mendapat tuntutan.

Kelmarin, jurulatih Piala Presiden T-Team, Yusuf Ali memberi jaminan akan membantu keluarga Zuhairi termasuk memberi peluangnya kembali beraksi dalam pasukan pada musim depan.

" Jika dia boleh beraksi dengan baik dan lulus pada sesi ujian pemilihan yang bakal dijalankan tidak lama lagi, maka dia boleh disenaraikan dalam pasukan, " ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan mengenai penderitaan Zuhairi yang terpaksa menanggung keseluruhan kos perubatan akibat kecederaan itu sehingga membebankan keluarganya.

Dia yang beraksi di posisi pertahanan mengalami kecederaan teruk itu pada 7 Ogos lalu apabila kesemua lima jari tangannya putus akibat digilis mesin tebu ketika sedang berniaga air tebu di bazar Ramadan di Marang.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2011 12:09 PM | Show all posts
hidup mat said


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:24 PM | Show all posts
Keputusan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2011

Sabah                1( Alto Linus )
T-Team              2 ( Indra Putra 2 gol )
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2011 08:38 AM | Show all posts
Keputusan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2011

T-Team              2 ( Md Fitri Omar, Zairo Anuar Zailani)
Sabah                1( Mafri Balang )

T-Team menang dengan agregat 4-2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 09:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2011 03:37 PM | Show all posts
tahun depan ada lagi ke t team nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2011 09:30 PM | Show all posts
tahun depan ada lagi ke t team nih
razzmat Post at 19-10-2011 15:37


ada lagi kot sayang kalau bubar bukan teruk sangat musim ni boleh pergi semi final piala malaysia kira ok dah..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2011 11:25 PM | Show all posts
Keputusan penuh Separuh Akhir 2 Piala Malaysia 2011 :

N. Sembilan 2 vs 1 T-Team
Negeri Sembilan layak ke Final Piala Malaysia 2011 dengan aggregat 6-3

Cuba lagi T-Team tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2011 08:37 PM | Show all posts
Reply 16# razzmat


   
ada .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2011 07:08 PM | Show all posts
Friendly Match 2011



T-Team (2) Perlis FA (1)




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.098115 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list