|
TERTUDUH, Yu Tung (baju putih), Chandran (dua dari kanan) Sri Murugan dan Mohamad Amir ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini.
KLUANG – Empat pemungut hutang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan keluarga peminjam bagi tujuan memecahkan keamanan awam, Oktober lalu.
Tertuduh, S. Chandran, 41, K. Sri Murugan, 28, Ngoo Yu Tung, 27, dan Mohamad Amir Yusuf Suyitno, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.
Mengikut pertuduhan kesemua tertuduh secara bersama dengan sengaja telah mengaibkan dan mendatangkan bangkitan marah terhadap bapa peminjam berusia 66 tahun yang demikian boleh memecahkan keamanan awam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Gunung Lambak, Taman Gunung Lambak, Kluang kira-kira pukul 5 petang 23 Oktober lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Mahkamah turut menetapkan 2 Januari depan ditetapkan tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ga-peminjam-hutang/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|