CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1060|Reply: 3

[Tempatan] Rafizi - PM tokoh terbaik sebagai Menteri Kewangan. Masalah kewangan sekarang didakwa daripada pentadbiran terdahulu

[Copy link]
Post time 23-11-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
https://www.sinarharian.com.my/a ... i-kewangan---rafizi

KUALA LUMPUR - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyangkal dakwaan bahawa kegagalan pemulihan ekonomi negara ketika ini salah satunya berpunca kerana jawatan Menteri Kewangan disandang oleh Perdana Menteri.

Selain itu, Rafizi turut tidak bersetuju dengan saranan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi menguruskan hal ekonomi negara.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus, dan tidak berlaku seperti pentadbiran terdahulu.

"Pandangan saya kepada Pagoh (Muhyiddin), itulah silapnya sebelum ini kerana Perdana Menteri memusatkan semuanya kepada dia. Jadi dia tidak sempat buat.

"Jadi sekarang ini dari segi pecahan kerjanya, sebahagian besar dari segi perancangan pelan ekonomi dan dasar sederhana dan jangka masa panjang, ditentukan oleh Kementerian Ekonomi. Kemudian pelaksanaan itu diusahakan bersama dengan kementerian-kementerian yang memang ada mandat dan tanggungjawab itu.

"Urusan dari segi tatakelola kerana Menteri Kewangan bertanggungjawab memastikan proses perolehan itu benar-benar telus. Sebab itu pandangan saya, tokoh yang paling baik untuk menjadi Menteri Kewangan ialah Perdana Menteri," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Rafizi menjawab soalan tambahan Muhyiddin (PN-Pagoh), apakah sudah tiba masanya Perdana Menteri melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi memulihkan ekonomi negara.


Menjawab lanjut, beliau berkata ekonomi negara ketika ini berdepan masalah-masalah struktur seperti penglibatan dalam ekonomi tinggi, yang didakwa ditinggalkan oleh pentadbiran-pentadbiran yang dahulu.

Selain itu, Rafizi berkata, Malaysia juga berdepan masalah pasaran buruh seperti gaji dan bentuk-bentuk pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:37 PM | Show all posts
kalau x competent, senang sj, salahkan org terdahulu..


mana pun mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Video full Pembangkang kena 'basuh' dgn Piji..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.056345 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list