CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2955|Reply: 0

Newcastle mahu jadikan Chelsea mangsa kelima

[Copy link]
Post time 24-11-2023 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Newcastle mahu jadikan Chelsea mangsa kelima


Penjaga gol Newcastle United, Nick Pope beraksi cemerlang di St James’ Park musim ini. - Foto AGENSI



NEWCASTLE: Newcastle United di ambang memecahkan rekod peribadi Liga Perdana Inggeris pada aksi menentang Chelsea esok.

The Magpies belum pernah menang tanpa dibolosi dalam lima kali berturut-turut di St James' Park sejak Februari 1907.

Sekiranya mereka berjaya menewaskan Chelsea dan tidak dibolosi, rekod berkenaan akan dipecahkan.

Setakat ini mereka berjaya menewaskan Arsenal 1-0, Crystal Palace 4-0, Burnley 2-0 dan Brentford 1-0 di laman keramat itu.

Dalam semua pertandingan, rekod itu sudah dipecahkan apabila mereka menewaskan Manchester City 1-0 dalam aksi Piala Liga.

Penjaga gol, Nick Pope beraksi cemerlang sejak berpindah dari Burnley untuk membantu mengukuhkan benteng terakhir Newcastle.

Bagaimanapun Chelsea kendalian Mauricio Pochettino kini mula mendapat momentum selepas mengumpul empat mata daripada aksi menentang Tottenham Hotspur dan Manchester City.

Masalah kecederaan turut membayangi Newcastle kendalian Eddie Howe. Sven Botman dan Dan Burn terpaksa direhatkan, dengan Kieran Trippier akan mengemudi bahagian kiri pertahanan. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... elsea-mangsa-kelima

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.039752 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list