CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3159|Reply: 0

Alonso kesayangan pasukan

[Copy link]
Post time 26-11-2023 02:00 PM | Show all posts |Read mode

ALONSO ketika memandu keretanya pada sesi latihan kedua di GP Abu Dhabi, semalam. FOTO AFP

London: Aston Martin berkata mereka mahu mengekalkan Fernando Alonso sehingga selepas tamat kontraknya yang berakhir penghujung 2024.

Pelumba Sepanyol berusia 42 tahun itu meraih lapan kedudukan podium Aston Martin tahun ini.

Prinsipal pasukan Mike Krack berkata di Grand Prix (GP) Abu Dhabi, dia 'terkejut' dengan soalan ditanyakan wartawan susulan prestasi mantap Alonso tahun ini.

Menurut Krack, dia tidak risau dengan umur Alonso yang bakal berusia 43 tahun pada Julai akan datang.



Alonso sebelum ini berkata dia belum membuat keputusan sama ada mahu terus berlumba di Formula 1 (F1) melepasi musim depan.

Menurutnya musim 2023 adalah yang terbaik dalam kariernya selepas 2012 ketika dia bersama Ferrari.

Tambahnya lagi, dia tidak bimbang dengan kehilangan kepantasannya pada masa hadapan tetapi jadual padat kalendar F1 yang perlu diambil kira.

"Banyak kali saya berkata, saya akan berhenti berlumba bukan kerana tidak lagi bermotivasi atau berasa perlahan," kata Alonso.

"Tetapi ia mungkin kalendar F1 dan jadual perlumbaan padat yang saya rasakan perlu ada perkara lain dalam hidup ini yang perlu diberikan perhatian."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kesayangan-pasukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.049205 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list