CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: onlinetrader

Petua untuk rumah baru masuk/yg lama pun bole

  [Copy link]
Post time 23-2-2011 01:31 AM | Show all posts
Reply 1# onlinetrader

thanks sharing info...patutlah baru2 ni masa adik pindah umh mak suh baca surah albaqarah gilir2 sampai habis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2011 06:09 PM | Show all posts
Reply 34# idakamaruddin


Rumah batu memanglah panas.... Panas ni ada dua, panas badan dan panas rumah. Kalau panas badan hanya kita seorang rasa panas yang lain2 xpanas. Jadi pastikan dulu panas yang mana satu. Kaedah hilang panas.......kaedah zahir paling senang - mandi. Kaedah ruhani paling senang - banyakkan selawat. Macam orang blj ilmu batin atu isim2 ubat dia banyakkan selawat. Kalau panas jugak bermakna selawat masih kurang. Panas jugak sampai naik kepala....tengok orang dah kecik jer tu bermakna ilmu perang yang diamalkan dah mula makan diri...kene cek balik dgn guru yang mengijazah. Gurunya mesti tau nak sejukkan balik...kalau guru xtahu bermakna guru pun main ciplak ilmu.


Dalam hal ilmu berumah...bukan berumahtangga selain Surah al-Baqarah dan Yasin, ada beberapa surah boleh dibaca iaitu Surah al-Saffat, Surah al-Jin (dua ni memang mustajab utk gangguan jin perkasa) kalau tak jalan jugak.....masih tak mau pindah tambah satu surah lagi iaitu Surah al-Zalzalah (baca kena byk kali maaa sekali dgn solat hajat). Selain itu Surah an-Nur, ar-Rahman, Taha dan terakhir sekali baca 30 juzuklah rangkum semua sekali lagi senang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2011 06:12 PM | Show all posts
Reply 39# wallflower

Kaedah paling mudah baca Surah al-Ikhlas tiup kesemua penjuru......atas bawah kiri kanan depan belakang. Nak mudah buat baca dan tiup dalam berkeadaan berdiri. Kalau duduk susah pula nak memusing punggung.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2011 02:04 AM | Show all posts
Ni tip-tip untuk rumah yang kita nak duduki.Macamana pula bagi yang selalu bermusafir dan selalu bermalam kat mana-mana (termasuk bermalam dalam kereta).Macamana nak hilangkan rasa takut dan tak selesa dengan suasana baru tu.
wallflower Post at 22-2-2011 11:59


pasang aircond kuat skit, pastu ko akn lena dgn automatic...
bile letih pnye pasal, kompom lah ko lena, bile lena xkn la ko pikir mcm2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 02:42 AM | Show all posts
Tak perlu samak dah. Kecuali dah nyata ada najis anjing disitu hanya disitulah samak bukan seluruh r ...
te_peng Post at 21-2-2011 14:35



    waahh bagusnya.. thank u te peng..banyak info berguna dari awak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 02:47 AM | Show all posts
Reply  idakamaruddin


    apa kata awak pasang ventilation yg kat atas bumbung tu....

  bagi haba kat dalam umah di tarik kuar.... bersama ngan jin2 sekali...
kenesep Post at 22-2-2011 09:25



    hahahaa lawak betul statement ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2011 03:18 AM | Show all posts
salam
adab masuk rumah baru atau lama

1.walaupun takda orang berilah salam dulu "assalamualaina waalaibadillah hisolihin"

2. Azan 7 kali di 4 penjuru rumah, dan di 1 kali disetiap bilik.

3. Solat hajat - mohon rumah diberi kecukupan dan terhindar dari gangguan jin dan manusia.

4. membaca surah alBakarah sehingga habis

5. Time ni nak pagar stainless still ke garam ke pasir ke boleh dah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 07:42 AM | Show all posts
soklan :

setelah dipagar rumah. berapa lamakah ia bertahan ? adakah sampai bila bila atau ada expire date?

dan apakah faktor faktor yg boleh menyebabkan pagar rumah bocor? adakah jin atau setan yg lebih kuat mampu menembusinya ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 08:00 AM | Show all posts
Expire datenya bila Allah menginginkannya. Antara sebabnya ialah penghuni rumahnya menjauhi Allah. Bila jauh ni luaslah maknanya....kiaslah barang yang seumpama dgnnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 08:06 AM | Show all posts
Expire datenya bila Allah menginginkannya. Antara sebabnya ialah penghuni rumahnya menjauhi Allah. B ...
te_peng Post at 25-2-2011 08:00



   aku pernah dgr perawat kata pagar rumah ni biasanya bertahan 3-6 bulan. lepas tu kena pagar semula. kekadang ia lebih cepat bocor apabila setiap hari jin jin cuba memecahkannya sedikit demi sedikit.

tukang sihir akan cuba antar pelesit ke rumah mangsa sekiranya ada pagar kerana pelesit dikatakan lebih mampu menembusi pagar.

pagar juga bole bocor apabila penghuni umah buat maksiat.

saka tidak dapat dihalang dari pagar rumah kerana dia merupakan sebahagian darp keluarga pesakit....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 08:24 AM | Show all posts
Reply 50# Saat


Ikut sebenarnya takde had limit lagi pula benda barang tak nampak jadi boleh jadi belake. Tentang pelesit boleh masuk boleh jadi juga....ini yang dikatakan teknologi jin dlm bahasa urban, atau dikatakan helah akalan penyihir dlm bahasa biasa. Ini termasuk dlm niat semasa memagar. Dan niat supaya jin saja maka jin sajelah, krn senang dalam doa dlm bahasa melayu spt dikata orang tua2, jelma mari jelma mati, syaitan mari syaitan, lebur dalam cipta sejati. Jelma disini spt maksud tadilah.



Walaupun setiap hari jin mengorek, kalau penghuninya adalah orang yang senantiasa taqarrub pada Allah, insya' Allah walau seribu tahun sekalipun tidak akan mampu memecah. Saka sudah tentu, dari pengalaman saka mmg tak makan saman dengan pagar2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 09:29 AM | Show all posts
aku pindah umah baru last year........
Abang ipar aku dh siapkan date n waktu yg sesuai tuk msk dlm umah tu n per perlu dibawa.
So, pd hari n waktu ditetapkan...kami sefamily sapai la kat umah baru...memula nk melangkah msk, kitorg selawat baca al-fatihah beserta niat yg baik...bagi salam..then baru msk dgn kaki kanan + ucapan bismillah....
Barang per yg perlu dibawa tu ialah, makanan!!...abang ipar kaba juz ambik syarat yg kite msk umah tu (sepatutnyer kitorg kena bermlm kat situ tp, memandangkan umah blm de lampu, so memadai la jika kitorg makan sekeluarga).
So, besoknya baru la my hubby solat dlm umah tu n azankan di setiap penjuru rumah....
Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 10:55 AM | Show all posts
ada org opis nih bagtau....

waktu nak pindah masuk....waktu maghrib, sembahyang maghrib, then baca yasin, sediakan 1 baldi air ketika baca yasin. kemudian dan selesai baca yassin, air yassin tadi di rengis di semua tingkap, penjuru dan pintu umah....kemudian, wajib buat makan2 di rumah baru....walaupn takat 2-3 org makan....

insyaAllah, dijauhi dari gangguan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:30 PM | Show all posts
salam tt...
ade x petua atau ayat2 al-quran utk selamat dr gangguan manusia pd umah kite...
contohnye mcm perompak ke..perogol ke...org jht ke...
sbb..kalo hantu..setan n jin..kite leh halau ngn ayat2 suci Allah n amalan..tetapi kalo manusia ni..amat payah....thanks tt
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 12:55 PM | Show all posts
Reply 50# Saat


Jika mengambil kisah iblis yang menyamar jadi ular untuk seludup masuk ke syurga untuk menggoda nabi adam a.s., maka tentu ada cara mereka ini seludup masuk ke rumah yang berpagar
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 03:46 PM | Show all posts
dulu (tahun 1999) masa pindah rumah, ikut petua yang di beri oleh Dato Harun Din yang dapat dari Majalah Anjung Seri (maaf magazine tu dah hilang so tak dapat share the exact ayat) Best part ialah ayat tu ayat bahasa Malaysia.  Saya rasa dia dah translate.  Dalam mag tu kata, tanda2 rumah kita tu ada penunggu ke, jin ke apa2lah ialah lepas baca ada bunyi patah atau jatuh...

So, my husband masa mula2 nak hantar barang (sikit2), bacalah ayat tu.. dia masa tu bawak anak kitorang yang tua, lepas aje baca, dengar bunyi macam benda patah dan jatuh.. hero mana boleh tunjuk takut so dia letak aje barang tu dan lepas tu blah... dalam kereta dia tanya anak, ada dengar tak? anak I cakap ada dengar bunyi benda jatuh....

Itu ajelah sekali dengar bunyi tu sebab lepas tu mmg tak ada gangguan walaupun I ada baby... Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2011 04:21 PM | Show all posts
dulu (tahun 1999) masa pindah rumah, ikut petua yang di beri oleh Dato Harun Din yang dapat dari Maj ...
jurai77 Post at 25-2-2011 15:46


As Salam

    Aka rasa ayat...mmg amalkan.....insa allah...lagie satu astro 106 sebelum magrib n isyak dorang ada baca ayat2 n zikir...bukak kuat2 tv kat umah
biar berkumandang kat umah....

aka link kat sini credit:darussiffa

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 04:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by sofiera at 25-2-2011 16:27

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :

Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :



Download <— (Kl

Download <— (Klik disini untuk mendengar bacaan doa ini)

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut :

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan :

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :

Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut :

&#8226; Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

&#8226; Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

&#8226; Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 05:01 PM | Show all posts
gud info la..

lari topik sket.korang nak tau tak kalau bangsa lain contoh bangsa cina klu nak pindah masuk rumah baru dorang wat cemana.?

caranya ialah hanya bakar mercun dalam rumah.make sure mercun yg kuatla..pas tu benda2 tu sume akan lari.

ni kawan aku bangsa cina yg kasi tau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2011 05:38 PM | Show all posts
aku selalu baca ayat penggerak ni .. alhamdulillah setakat ni x pnh terjadi apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.401128 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list