CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 837|Reply: 0

[Johor] 11,587 penganggur dapat manfaat Program Gerak Kerjaya Johor

[Copy link]
Post time 27-11-2023 09:48 AM | Show all posts |Read mode


Iskandar Puteri: Seramai 11,587 penganggur serta pencari kerja di negeri ini berjaya mendapat tawaran pekerjaan susulan langkah Kerajaan Johor mengadakan beberapa siri Program Gerak Kerjaya Johor sejak awal tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor, Mohd Hairi Mad Shah, berkata lebih 70 peratus tawaran kerja berkenaan membabitkan sektor Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Katanya, Kerajaan Johor menerusi Unit Strategik Modal Insan Johor (SMI) sudah mengadakan lapan program Gerak Kerjaya Johor sejak awal tahun lalu dengan penyertaan sebanyak 117 majikan dari seluruh negara.

"Hasil program ini sebanyak sebanyak 11,587 tawaran pekerjaan sudah ditawarkan kepada golongan penganggur dan pencari kerja di negeri ini khususnya golongan belia.

"Daripada jumlah itu, seramai 10,916 orang sudah pun ditemuduga dengan 3,659 ditawarkan peluang temuduga kedua.

"Daripada semua lapan program Gerak Kerjaya Johor ini, seramai 772 orang mendapat tawaran terus pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab lisan pada Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nazri Abd Rahman (PH-Simpang Jeram) ingin tahu inisiatif kerajaan negeri bagi memastikan peluang pekerjaan graduan dapat dimanfaatkan industri tempatan.

Dalam pada itu, Mohd Hairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin berkata, sebanyak 2,034 peluang pekerjaan turut ditawarkan dengan tawaran gaji sehingga RM14,000 dalam Program Mega Gerak Kerjaya MyFutureJobs Johor 2023, yang diadakan Julai lalu.

"Melalui rekod awal pada 16 Julai lalu, jumlah permohonan kerja yang diterima adalah sebanyak 5,727 manakala 3,764 pemohon ditemuduga. Jumlah ini sangat memberangsangkan dan melebihi jangkaan.

"Daripada jumlah jawatan kosong yang ditawarkan, seramai 220 orang pencari kerja diterima bekerja serta merta di hari program kerjaya berkenaan oleh majikan yang terdiri daripada pelbagai sektor seperti minyak dan gas, perkhidmatan, pendidikan, pembuatan, pembinaan, perhotelan, perladangan serta pertanian.

"Manakala sejumlah 1,889 pencari kerja menerima tawaran panggilan temuduga kali kedua. Program yang berlangsung selama dua hari itu dikunjungi seramai 7,976 pengunjung dan orang awam daripada sekitar Johor dan negeri lain," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.067383 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list