View: 967|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Genap sebulan Masnita hilang dipercayai terjerat dengan 'scammer'
[Copy link]
|
|
Gambar isteri, Masnita Md Noor, 46, yang bekerja sebagai Penyelia di kedai makan hilang sejak 25 Oktober lalu di percayai terperangkap dengan scammer. FOTO Ihsan keluarga
Seremban: Seorang suami buntu selepas genap sebulan isterinya hilang tanpa khabar berita dipercayai diperangkap individu tidak dikenali.
Bapa enam anak, Mohd Saidi Ibrahim, 51, yang juga jurutera di sebuah syarikat di Seremban berkata, isterinya, Masnita Md Noor, 46, yang bekerja sebagai penyelia di kedai makan hilang sejak 25 Oktober lalu.
"Kebetulan 25 Oktober itu adalah hari lahir dia. Masnita meninggalkan rumah kami di Taman Tuanku Jaafar, Seremban dan ada memaklumkan pulang ke kampung halaman di Kota Bharu, Kelantan dan akan pulang ke sini (Seremban) pada 27 Oktober lalu.
"Selepas dia tidak pulang pada 27 Oktober, dia gagal dihubungi sehingga kini tanpa dapat dikesan," katanya ketika ditemui hari ini.
Katanya, sepanjang kehilangan isterinya itu, dia dihubungi oleh individu tidak dikenali yang dipercayai 'scammer' yang mana mengugut dengan memberikan pelbagai alasan.
"Pada minggu kehilangan, isteri saya ada menghubungi anak memberitahu dia sudah kena tipu dan bimbang keselamatannya. Saya kemudian membuat tiga laporan polis berhubung kehilangan isteri kerana mempercayai dia diperangkap.
"Selama ini kami tidak ada masalah dengan sesiapa dan kejadian ini berlaku sekelip mata membuatkan saya dan keluarga kebingungan," katanya.
Mohd Saidi berkata, dia amat sedih dan risau dengan anak istimewanya kerana setiap hari mencari ibu hingga hilang selera makan.
"Saya memohon kepada siapa yang melihat atau menjumpai isteri saya dan tahu dia berada di mana agar dapat terus menghubungi nombor telefon 019-2735524 atau balai polis berhampiran.
"Isteri saya membawa Proton Waja bernombor pendaftaran WQG 3941," katanya.
Dia berkata, mereka sekeluarga sudah buntu mencari Masnita dan berharap agar isterinya segera kembali kerana enam anak berusia antara 8 hingga 21 tahun amat merinduinya.
"Paling saya paling risau adalah anak bongsu yang berusia 8 tahun hinggakan dia hilang selera makan yang boleh menjejaskan kesihatannya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erat-dengan-scammer |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|