CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29682|Reply: 494

Seorang calon wanita pro-M UM , Masturah Abu Bakar dilapor hilang

   Close [Copy link]
Post time 20-2-2011 07:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by lai1688 at 20-2-2011 19:21

Seorang calon wanita pro-M UM dilapor hilang
                  
                    Abdul Rahim Sabri
Feb 20, 11
5:35pm
                    
        
               
        Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa (pro-M) Universiti Malaya (UM) yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

Kehilangan calon wanita tersebut - Masturah Abu Bakar - dilaporkan oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd Mansor, di balai polis Pantai, jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporannya itu, Nurhanis berkata pada jam 4.15 petang semalam, dia bersama Masturah, 22, berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam  - yang menjadi tempat penginapan luar pelajar UM.

Katanya, ketika merada berada di antara blok D dan blok E pangsapuri tersebut, Masturah memberitahunya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan memintanya menunggu di blok E.

Menurut laporan polis itu lagi, Nurhanis berkata, selepas lama menunggu, Masturah tidak muncul dan dia cuba menghubungi rakannya itu tetapi gagal.

Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, dan masih gagal menemui Masturah, Nurhanis membuat laporan polis pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Dalam laporan polis itu juga, Nurhanis memberitahu  bahawa seorang lagi rakannya telah menghubungi keluarga Masturah selepas insiden itu berlaku.

"Semasa kawan saya keluar, (dia) berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit berwarna sawo matang bercermin mata, tinggi lebih kurang 173 (cm), berkot labuh warna hitam berkasut sandal berwarna putih," laporan polis itu dipetik.

Laporan polis itu juga menyebut bahawa sebelum itu, Masturah telah menerima kiriman SMS daripada seseorang yang tidak dikenali yang memberi amaran yang berbunyi "woi celaka jg sikit perangai kau, siapla kau lepas ni. Kau ingat kau bagus sangat".

Sehubungan itu, Nurhanis membuat laporan polis kerana "takut" tentang keselamatan Masturah di kemudian hari.

Sementara itu, wakil calon Masturah - Rohayu Rosli - pula membuat satu lagi laporan polis di balai yang sama pada jam 11.40 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah.

Salinan dua laporan polis tersebut diedarkan pada wartawan dalam sidang akhbar oleh sekumpulan pelajar pro-M yang diketuai oleh pengerusi pro-M UM, Farid Jalpah di depan Dewan Tuanku Canselor UM petang ini.

Dalam sidang media, Farid mendesak pentadbiran UM agar bertanggungjawab di atas kehilangan Masturah kerana penetapan tarikh kempen yang ditentukan pada hujung minggu bermula 18 Februari hingga 20 Februari.

Ini kerana katanya, penetapan tarikh itu menyukarkan proses berkempen disebabkan hampir semua pelajar universiti tidak berada di kampus, malah sebelum ini desakan pro-M meminta agar masa kempen ini diubah juga tidak dilayan.

Dakwanya, hampir seluruh kolej kediaman mengadakan sekatan kepada calon pro-M untuk berkempen dan pelajar yang mengakui diri mereka ahli jawatankuasa kolej turut didakwa menyekat kemasukan orang luar termasuk tempoh berkempen selama 10 minit.

"Oleh hal demikian, calon-calon pro-Mahasiswa mengambil inisiatif untuk menjalankan sesi ziarah ke luar kampus.

"Rentetan penetapan syarat-syarat yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa induk inilah memaksa para calon menjalankan sesi ziarah diluar yang secara jelas tidak menjamin keselamatan para calon," katanya.

Farid juga menuntut agar pihak universiti menunda pilihan raya kampus sehingga Masturah yang juga pelajar Akademi Pengajian Islam UM ditemui semula.

Ketika ditemui pemberita selepas sidang media itu, Farid berkata pihak universiti juga turut dimaklumkan berhubung kehilangan Masturah.

Sehingga selesai sidang akhbar tersebut kira-kira jam 5.15 petang tadi, Farid memberitahu pemberita bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa perkembangan berhubung kehilangan Masturah.

UM adalah antara lima universiti utama yang akan mengadakan pilihan raya kampusnya esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 07:23 PM | Show all posts
baru pilihanraya kampus dah jd mcm ni... mengalahkan pilihanraya umum...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:25 PM | Show all posts
KAPAR: Misteri ‘kehilangan’ Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kapar, Suzaimi Salam, 34, yang gagal menghadirkan diri untuk penamaan calon bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa, kelmarin, terjawab apabila dia disahkan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, kira-kira pada jam 6 pagi hari berkenaan.

Suzaimi didakwa ke Port Dickson bersama isteri serta anak mereka tetapi tidak dapat dipastikan tujuannya berbuat demikian sedangkan dia tahu kelmarin adalah hari penyerahan borang pencalonan untuk mencabar penyandang kerusi DUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kehilangan Suzaimi pada jam 11 pagi semalam yang dibuat Ketua PKR bahagian Kapar, Mohd Bakri Abd Wahab.

“Selepas menerima aduan, kami ke kediaman Suzaimi di Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang dan lelaki itu tiada di rumah.

“Pada masa sama, isteri Suzaimi dikenali sebagai Zaleha memaklumkan mereka ke Port Dickson, pagi kelmarin, dan hanya pulang kira-kira pada jam 1 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.


mungkin Masturah pun pergi bercuti di Port Dickson...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:37 PM | Show all posts
weii mau jadi batu api kaa?

"Dalam sidang media, Farid mendesak pentadbiran UM agar bertanggungjawab di atas kehilangan Masturah kerana penetapan tarikh kempen yang ditentukan pada hujung minggu bermula 18 Februari hingga 20 Februari."

--> fikir fikirkan lah
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:41 PM | Show all posts
Cuba carik kat lombok................
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 07:47 PM | Show all posts
kalu org pkr ilang - nak lompat parti
kalu org pas ilang - nak kawin lagi
kalu org umngok ilang - kena kerat 18
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2011 07:55 PM | Show all posts
what does this mean?

tangguhkan hari pegundian smpi org hilang ni ditemui?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:01 PM | Show all posts
wow intrigue...hebat UM yer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 08:04 PM | Show all posts
nape cam terok sgt plihanrayanye.... da lari fokus utama dtg nak blajo..smp hilang2
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:11 PM | Show all posts
biasa lah bohsia2 melayu islam ini suka lari2 ikut boyfriend etc.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:16 PM | Show all posts
seriusnya...........apa nak jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:23 PM | Show all posts
biasa lah bohsia2 melayu islam ini suka lari2 ikut boyfriend etc.
Changa Post at 20-2-2011 20:11



meratib tak habis-habis
prrrffft
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:26 PM | Show all posts
Pilihanraya UM sampai menepek2 poster kat Flat2 PPRT Kerinci dan Vista Angkasa .... sana sini sinu tampal sampai dalam lif pon tampal...bangang punya gaya macam lif mak bapak dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:28 PM | Show all posts
Pilihanraya UM sampai menepek2 poster kat Flat2 PPRT Kerinci dan Vista Angkasa .... sana sini si ...
AbukRokok Post at 20-2-2011 20:26



   what do u expect daripada hamba2 politik?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:36 PM | Show all posts
pagi tadi org ketuk pintu rumah..
bila bukak pintu ada beberapa lelaki pegang botol mineral ngan ko ...
Alizawati82 Post at 20-2-2011 20:29


Polis ker? Kalau bukan polis, ko patut halau jer ngan penyapu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:51 PM | Show all posts
budk engineering ke? tapi rasanya yg bertanding bdk cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2011 08:52 PM | Show all posts
Politik.. politik... tak habis habis...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 08:59 PM | Show all posts
ni la akibatnya kalo politik over masa study...

minta la selamat budak ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:00 PM | Show all posts
Pilihanraya UM sampai menepek2 poster kat Flat2 PPRT Kerinci dan Vista Angkasa .... sana sini si ...
AbukRokok Post at 20-2-2011 20:26



    sokong...Pilihanraya U je pun..mabuk politik,taik politik...

dapat kat aku,bertumbuk jugak...:@
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2011 09:06 PM | Show all posts
Nak lompat parti ke budak ni?

Budak akademi islam ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071448 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list