CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2888|Reply: 0

Rossi gegarkan WEC tahun depan

[Copy link]
Post time 28-11-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

ROSSI sertai pasukan WRT Belgium. -FOTO AFP

Paris: Legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi, yang menukar kariernya dari dua kepada empat roda akan bersaing dalam Kejuaraan Endurance Dunia FIA (WEC) musim depan.

Juara dunia MotoGP tujuh kali itu, akan berlumba bersama pasukan WRT Belgium dalam kelas LMGT3 yang menggantikan kategori LMGTE Am.

Rossi, 44, dijangka mengambil bahagian dalam perlumbaan 24 jam Le Mans klasik dari 15 hingga 16 Jun tahun depan selepas merasai nikmat kemenangan dalam perlumbaan sokongan di litar ikonik Sarthe di barat Perancis tahun ini di belakang BMW dari pasukan WRT.

Pasukan dari Belgium yang diasaskan bersama oleh bekas pemandu, Vincent Vosse akan menyertai kelas Hypercar pada 2024 menggunakan kereta BMW M Hybrid V8 sementara kategori LMGT3 akan menggunakan M4 GT3.


"Saya akan biasa dengan kereta itu selepas musim ini tetapi format membabitkan tiga pemandu daripada tiga kategori dengan prestasi berbeza adalah sesuatu yang baharu bagi saya," kata Rossi.

Identiti dua rakan sepasukannya untuk 2024 masih belum diketahui.

Sementara itu, Robert Kubica dari Poland berada dalam senarai peserta dalam kelas Hypercar utama.

Bekas pemandu Formula 1 itu, yang dinobatkan sebagai juara endurance dunia 2023 dalam kategori LMP2 akan mengemudi Ferrari peribadinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048834 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list