CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2188|Reply: 0

Qabil puas jumpa juara MotoGP

[Copy link]
Post time 29-11-2023 12:00 PM | Show all posts |Read mode

QABIL bersama bapanya di KLIA sebentar tadi.

Sepang: Walaupun hanya berpeluang bertanyakan soalan, namun ia sudah cukup untuk membuatkan pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan berasa puas dapat bersua muka buat kali kedua dengan juara MotoGP dua kali berturut-turut, Francesco Bagnaia.

Malah juara keseluruhan Kejuaraan Siri Dunia MiniGP 2023 berazam untuk mengikut jejak langkah pelumba yang terkenal dengan gelaran Pecco pada satu hari nanti.

"Saya sangat gembira berpeluang bertanyakan soalan dengan mereka, InsyaAllah satu hari nanti saya mahu jadi seperti Pecco," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

Ujar pelumba berusia 11 tahun itu, walaupun masih dibuai dengan kejayaan menaiki podium buat kali ketiga berturut-turut bagi kategori 160cc, dia masih belum puas dan mahu berentap lagi tahun depan.



"Tahun depan rasa hendak berlumba lagi tapi dalam kategori berbeza (190cc) kerana sudah berusia 12 tahun," kata Qabil yang berjaya meraih medal, trofi, helmet, sut perlumbaan dan sebuah jentera Ovale.

Tambah pelumba yang menjadikan Valentino Rossi sebagai idola itu, dia sudah bersedia untuk menukar kelas berbeza tahun depan dan berazam berlatih dengan lebih gigih.

Sementara itu bapa Qabil, Azlan Abdul Rahman mengakui kemenangan anaknya, adalah untuk rakyat Malaysia.

"Ramai rakyat Malaysia yang mendoakan Qabil di atas kejayaan ini jadi saya bersyukur sangat pada kawan-kawan yang datang sini beri sokongan dan sambut kami," katanya.

Bagaimanapun, dalam kegembiraan itu Azlan mengakui beliau tidak mahu anaknya, terlalu dijulang tinggi.

"Jangan terlalu puji banyak-banyak itu sahaja, kita kekalkan prestasi seperti biasa. Saya tidak mahu anak saya di puji terlalu tinggi sebab itu akan membahayakan diri dia itu pandangan saya.

"Berkenaan tukar ke kelas 190cc, saya akan cuba terbaik untuk bimbing dia, benda ini kalau tanpa ZK Racing dia tidak berada seperti sekarang," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -jumpa-juara-motogp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.068868 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list