CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14168|Reply: 47

Alif Teega Bakal Temukan Aisyah Hijanah Dan Isteri Kedua, Fatin Umaidah

[Copy link]
Post time 1-12-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Alif Teega bakal mempertemukan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah dan isteri kedua, Fatin Umaidah dalam masa terdekat.


Bagaimanapun, dia memaklumkan isu poligami yang berlaku dalam keluarganya pada ketika ini sebenarnya diketahui Aisyah sejak Oktober lalu.


Malah, pihak keluarga Fatin juga sedia maklum dan memintanya untuk menjelaskan dengan baik kepada isteri pertamanya itu.




Foto: IG




“Sebelum saya bernikah pada bulan 10, saya dah bagitahu pada Aisyah yang saya akan bernikah. Dan pada masa tu, Aisyah banyak kali clarify dengan saya tanya betul ke nak bernikah dan dia ada bertanya ‘akhirnya nanti Aisyah akan dimadukan ke? Saya kata ‘Ya, doakan yang baik-baik. Bila? Abang tak tahu,  hanya serah kepada Allah, moga-moga dipermudahkan’.


“Jadi, bila Aisyah dah tahu dah perkara ini akan berlaku, dan saya bernikah atas persetujuan belah Fatin dan alhamdulillah semuanya dimudahkan,” katanya.


Meskipun sedar dengan kemarahan netizen terhadap tindakannya, pemilik nama Mohd Hazalif Mohd Hazani enggan mengulas lanjut mengenai keputusannya untuk berkahwin dua.


“Untuk bahagian itu saya tak boleh nak ulas panjang. Saya tak boleh nak cerita, kenapa dan apa sebab serta alasan utama. Sebab ia tidak akan memuaskan hati semua orang.


“Saya faham sekarang ini semua orang akan marah, rasa kecewa, sedih, geram kenapa saya buat macam ni kan? Semua orang akan keluarkan perkara-perkara yang memburukkan saya. Tapi apaun, saya perlu lalui dengan hati yang terbuka.


“Jadi kepada yang keluarkan statement itu… saya nak bagitahu itu adalah fitnah yang melampau! Fitnah yang amat berat pada saya,” jelasnya.


Dalam pada itu, Alif juga berkongsi bahawa Aisyah dan Fatin merancang untuk berjumpa dalam masa terdekat.


Justeru, dia berharap agar mana-mana pihak di luar sana yang ingin ‘mengambil berat’ terhadap kisah rumah tangganya perlulah bertenang dan tidak menuang minyak tanah ke dalam api.


“Aisyah dengan fatin planning untuk berjumpa termasuklah dengan keluarga. Tapi kita akan buat satu-satu.


“Sebagai suami, ketua keluarga… saya akan mainkan peranan yang cukup penting dan saya cuba untuk buat yang terbaik untuk mengharmonikan segala-galanya.


“Jadi biar saya handle situation keluarga saya. Minta semua yang melihat, yang rasa nak care tu cuba slow down sikit, jangan tambah-tambah api, rilek je… bertenang. Memang salah saya. Tapi let me handle this,” ujarnya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalo jd jntn.. bini pertama muka mcm zimbabwe.. bini kedua muka mcm omputih miss world..

Kalo takat muka bini no 1 dan 2 akan akan je.. umo sama... Warna kulit sama.. bangsa sama.. buat penat je .. nak kawin 5 6 7 ni ce le cari yg superduper cun.. org tuduh kawin sbb nafsu pun ok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai sekarang aku tak tahu apa signifikan berita beruk ni perlu ditularkan! Tiba-tiba muncul disebabkan oleh beristeri dua!

Itu je ke???
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak ko la nak kawen 2,3,4,5 pun no one cares, yg jadi menyampah dan meluat sebab korang acah influenza terpaling islamik padahal berpaksikan soc.med hidup bertunjangkan validation netizen. Mulut meratib agama padahal peel sendiri tak menggambarkan yislamik pun. Fakers
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
vaveeee tonyok ni pehal byk sgt benang kat cari? whoareyous???!!! setakat kisah menyundal dgn betina, gi mampus! satu benang je cukup la. berderet2 benang dia saja!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 la benang pasal dorang nih
Iols bukak tt asik fyp pasal dorang ni netizen indon pun buat konten pasal dia nih

Netizen pun sudah2lah asik nak buat parodi pasal dorang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak temukan ? Bukan ke no 2 pekerja depa juga
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau da bgtau, nape nak nikah telend.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tutup jelah thread ni.semak banyak2.larva kuning marah nih! ????
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahh knp p nikoh dkt siam kalau ecah dah tau
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ecah pon kemain isu tgh hangat mggu neh. Sheols pon amek pluang promo plbgai buku n ajak beramai gi pesta buku wiken neh

I syak kalau jumpa dgn fatin nt  msti ada video pstu uppp jd content

Dasar batak semua nk tyg
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 10:27 PM | Show all posts
memandangkan aisyha pun tak kisah bermadu nak amsuk syurga tanpa hisab katanya..lantak ko lahhhhh..hidup ko..lepas ni semua buat konten,  utk tarik tollowers beli produk2 deme...confirmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
leena1234: Tutup jelah thread ni.semak ba ...


Hahahahahaha kesian larva larva tu semua. Depa tak bersalah hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Smpai skrg aku x tau dia siapa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 01:36 AM | Show all posts
iols dgr voicenote binik no 2 tu, geli pulak aihh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya yang emo masyarakat.media ni makin cucuk2 tambah bara.bio ajalah deme settlekan.masyrkt kita ni dh jadi parah bila asyk emo isu2 gini.baik xda pape terus jd mcm2.pattnya xyah  komen.buat senyap aja..xyah clarify dah apa2.diam dan move on
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku rasa madu dia lagi lawa ,ramai yg ckp  isteri 1st mcm artis nadia hudson
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
matjerk replied at 2-12-2023 01:14 AM
Smpai skrg aku x tau dia siapa

Bila meletup kisah dia bermadu ni barulah I cari pasal diorang ni sikit2. Sebab memang tak tahu sapa diorang ni. Kisahnya, Aisyah ni masa bujang dulu pun dah aktif berdakwah dengan 401 production, yang Alif ni dengan video2 dakwah Teega.my, jadi penceramah jemputan kat IPT etc. So bila 2-2 menikah ni terus jadi idola BBNU la nampaknya sebab bercinta lepas kawin, jaga ikhtilat etc (Aisyah tu tak suka pun si Alif ni, mak dia yg suruh dia kawin). No wonder lepas kawin pun tak kisah pamerkan kisah hidup memasang untuk tontonan netizen sebab sebelum tu pun diorang memang nak hidup famous.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
lolipopmanish replied at 2-12-2023 01:36 AM
iols dgr voicenote binik no 2 tu, geli pulak aihh

Nk dgr kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 03:36 PM | Show all posts
Apasal havox benar cerita di Alif  ni.  Sape dia ni, buka main lagi 'masyhur'nya. Cite nak kenalkan isteri tua dgn isteri muda  pun nak kena khabak kat netizen ke?   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.228574 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list