CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9539|Reply: 0

Williams kekalkan Sargeant sebagai pelumba

[Copy link]
Post time 2-12-2023 12:33 PM | Show all posts |Read mode

SARGEANT kekal bersama Williams. -FOTO Reuters

London: Williams mengesahkan pemandu Amerika, Logan Sargeant akan kekal bersama pasukan Formula Satu itu musim depan.

Pasukan Britain itu memilih untuk mengekalkan Sargeant untuk kempen kedua walaupun berdepan musim 2023 yang bermasalah.

Pelumba berusia 22 tahun itu yang hanya meraih satu mata sepanjang musim ini akan berlumba bersama Alex Albon dengan tempat pelumba itu sudahpun diumumkan.

"Saya teruja untuk meneruskan karier bersama Williams Racing untuk musim 2024," kata Sargeant.


"Ia satu perjalanan yang luar biasa bersama pasukan setakat ini dan saya bersyukur kerana diberi peluang untuk terus berkembang sebagai pemandu dalam pasukan yang berbakat dan berdedikasi.

"Kami mempunyai rancangan yang menarik untuk masa depan dan saya tidak sabar untuk menyumbang kepada kejayaan pasukan pada tahun akan datang."

Sargeant meraih mata sulungnya dalam Formula Satu, menjadi pelumba Amerika pertama yang mendapatkan mata dalam sukan itu sejak Michael Andretti 30 tahun lalu untuk McLaren, selepas Lewis Hamilton dan Charles Leclerc kedua-duanya tidak menamatkan perlumbaan di Grand Prix Amerika Syarikat di Austin pada Oktober lalu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ant-sebagai-pelumba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.050337 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list