CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10329|Reply: 147

Minyak Mungkin Naik Lagi...oh tidakkkkkkkk

  [Copy link]
Post time 22-2-2011 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Harga petrol mungkin naik?


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.
Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.
Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.
"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.


oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:10 AM | Show all posts
malaysians don't care. we complain in the beginning and then just swallow it.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:13 AM | Show all posts
lps ni berebut2 org pasang NGV la, alat penjimat minyak H20, magnet, ubat gegat etc.... lps setahun pastu senyap balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:13 AM | Show all posts
huhuhuh....naik 5 sen teru jer...jadi rm2 per liter
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:16 AM | Show all posts
tahniah.........
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:19 AM | Show all posts
rakyat di dahulukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2011 09:21 AM | Show all posts
aikkkkk...baru jek wat gathering facebook kt putrajaya dah kena sembelih lagi???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:24 AM | Show all posts
Harga petrol mungkin naik?


KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

craven Post at 22-2-2011 09:09



jgn salahkan kerajaan.. mereka x bersalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:26 AM | Show all posts
habis la pas nie....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:26 AM | Show all posts
klu nk kerajaan BN kalah mse PRU akan datang...try la naikkan harga mnyak lg...

setahun brp kali nk naik harga mnyk....SENGAL KAYU...!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:28 AM | Show all posts
terima kaseh pada kerajaaan yg perihatin dgn nasib rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:29 AM | Show all posts
aikkkkk...baru jek wat gathering facebook kt putrajaya dah kena sembelih lagi???
kecimpret Post at 22-2-2011 09:21

gathering tu kumpul peminat jer la
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:28 AM | Show all posts
rakyat masih telebih makan.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 09:30 AM | Show all posts
SINGAPURA 21 Feb. - Minyak Brent naik melebihi AS$2 (RM6.06) berikutan tunjuk perasaan yang berlaku di Libya, negara ahli Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC...


ni suma Libya punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:32 AM | Show all posts
minyak kat brunei brp hinggit ek... kat singapore... ade sesapa leh bg list... hiks
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:35 AM | Show all posts
Krisis Libya lonjak harga minyak


2011/02/22
Pelabur bimbang pengeluaran bekalan terjejas

KUALA LUMPUR: Harga minyak dunia melonjak hampir ke paras AS$88 setong di pasaran Asia ketika kebimbangan pelabur berhubung ketegangan di Libya yang diramal akan menjejaskan pengeluaran bekalan negara Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).
Penanda aras kontrak penghantaran minyak mentah bulan Mac di New York Merchantile Exchange, meningkat AS$1.67 kepada AS$87.87 setong pada lewat petang semalam dalam dagangan pasaran elektronik Asia. Ia mencatatkan penurunan 16 sen kepada AS$86.20 pada Jumaat lalu.
Di London, minyak mentah Brent bagi penghantaran April di ICE Futures Exchange pula meningkat AS$1.78 kepada AS$104.30 setong.

Ahad lalu, Seif al-Islam Gadhafi, anak pemimpin Libya, Moammar Gadhafi, memberi amaran kepada penunjuk perasaan mengenai tindakan mereka yang boleh mencetuskan api perang saudara, sekali gus menyebabkan negara yang kaya minyak itu hangus terbakar.

Ketika ini, Libya mengeksport sekitar sejuta juta tong minyak sehari. Awal Ahad lalu, ketegangan penunjuk perasaan antikerajaan, merebak ke Tripoli, ibu negara Libya dengan kumpulan itu merampas senjata dan pondok kawalan tentera.

Di kawasan timur bandar Benghazi, kira-kira 60 orang terbunuh, manakala lebih 200 orang pula meninggal dunia sejak ketegangan bermula tujuh hari lalu.
Pedagang minyak turut memantau keadaan berkenaan secara dekat sama ada ia boleh merebak ke Iran, negara pengeksport minyak kedua terbesar OPEC, selepas Arab Saudi.

Penganalisis tenaga Purvin & Gertz di Singapura, Victor Shum, berkata kebimbangan utama di kalangan peserta pasaran ketika ini adalah sama ada ketegangan itu boleh merebak ke negara lain selain Libya.

“Tidak mungkin kita boleh melihat wujudnya sebarang kemusnahan disebabkan oleh minyak di Asia Barat dan Afrika Utara, namun situasi semasa di Libya yang boleh menyebabkan ketegangan itu merebak keluar, menimbulkan kebimbangan ketika ini,” katanya.

Beberapa penganalisis bimbang peningkatan harga minyak mentah akan menjejaskan kadar pemulihan ekonomi di negara maju.

Ahli Ekonomi Morgan Stanley, Gerard Minack, berkata bagi setiap peningkatan AS$1 harga segelen petrol, pengguna di Amerika Syarikat (AS) membelanjakan kira-kira AS$120 bilion. – AP


P/s:- Ada orang suka gaduh gaduh2..kununnya menegakkan keadilan, menentang kezaliman, menegakkan demokrasi..tapi kesannya seluruh dunia menerima tempiasnya termasuk kita..terima jelah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 09:35 AM | Show all posts
ada peluang nak tambah kekayaan negara...........
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:36 AM | Show all posts
nak naik minyak tunggu la dulu MRT siap. Tren LRT kasi tambah.. baru la float kan harga minyak nih..  tunggu la dulu woiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:36 AM | Show all posts
mesti laa naik kalau turun kang ramai tak caye
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 09:36 AM | Show all posts
Org Msia marah tahap gaban bila minyak naik
Tapi cuma utk seminggu jah
pas tu keadaan akan kembali normal
no problem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2026 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.366055 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list